Sangat mengharukan apabila seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku bersalah mencuri ubi kayu.
Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
Nenek itu tertunduk lesu.. Namun tiba-tiba hakim menbuka topinya, membuka dompet kemudian mengambil dan memasukkan wang Rp 1 juta ke dalam topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”.
Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapat sumbangan wang sebanyak Rp3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya.
Setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.
BACA INI JUGA: Wang Zakat Berjuta Ringgit, Orang Miskin Hidup Melarat
[Sumber]