Kandungan air laut di seluruh dunia telah menyaksikan peningkatan asid dalam kadar yang tidak pernah disaksikan dalam tempoh 300 juta tahun sehingga boleh menjadikannya masam.
BBC memetik para saintis sebagai berkata, pengasidan boleh meningkat sehingga 170 peratus menjelang tahun 2100.
Dalam kondisi ini, sekurang-kurangnya 30 peratus daripada spesies hidupan laut tidak akan dapat bertahan lagi dan akan pupus dari muka bumi.
Para saintis yang terlibat dalam kajian ini merumuskan, manusia yang menghasilkan karbon dioksida atau CO2 sebagai punca kepada peningkatan paras asid dalam kandungan air laut.
Hasil kajian itu akan dibentangkan dalam persidangan global mengenai iklim di Poland minggu depan.
Jumlah manusia yang semakin bertambah telah menyumbang kepada pengaliran 24 juta tan CO2 ke dalam lautan setiap hari.
Pertambahan begitu banyak karbon ke dalam air laut telah mengubah tindak balas kimia di dalam air.
Apatah lagi sejak bermulanya revolusi industri kadar asid di dalam air laut telah bertambah sebanyak 26 peratus lagi.
Fakta ini diakui oleh Prof Jean-Pierre Gattuso, dari CNRS, iaitu agensi penyelidikan kebangsaan Perancis.
“Kadar peningkatan asid di dalam air laut kini telah mencapai ke satu tahap yang tidak pernah disaksikan oleh dunia dalam tempoh 300 juta tahun,” ujarnya.
Dan apa yang membimbangkan mereka ialah peningkatan ini akan menjejaskan kebanyakan hidupan laut khususnya terumbu karang.
Laut secara semulajadi menyerap hampir separuh daripada lebihan CO2 yang terdapat di ruang atmosfera.
Buat masa ini, kesan sampingan pertambahan kadar asid di dalam air lautan paling terjejas di kawasan Artik dan Antartika.
Ini kerana, lautan yang sejuk menyerap lebih banyak CO2 dan akibatnya peningkatan kadar asid akan bertambah.
Para saintis khuatir menjelang 2020, 10 peratus daripada Lautan Artik tidak akan mampu menampung kehidupan kepada spesies yang memiliki cengkerang yang terbina dari kalsium karbonat.
Dan menjelang 2100, keseluruhan Lautan Artik akan menjadi persekitaran yang terancam untuk hidupan laut.
Ini menurut saintis akan mengancam keseluruhan rantaian pemakanan hidupan liar.
Siput dan hidupan cengkerang yang lain menjadi makanan ikan, paus dan juga burung.
Jika spesies ini pupus di Lautan Artik bayangkan bagaimanakah ia akan mengancam rantaian pemakanan hidupan liar yang lain.
Sumber: Mynewshub