Guru Pitka dalam "The Love Guru" lakonan Mike Myers mungkin satu karakter yang dianggap menghina agama Hindu.
Begitu juga dengan Jar Jar Binks dari prekuel "Star Wars" atau Mudflap dan Skids dari "Transformers 2" yang dikritik kerana menghina bangsa Afro-Amerikana.
Begitu juga dengan cara Adam Sandler memperlihatkan orang Arab sebagai bangsa yang hanya mahu berpoligami dan menjadi pengganas dalam "You Don't Mess with the Zohan".
Ini adalah antara filem-filem yang memang bersifat rasis demi komedi, sekalipun sebenarnya tidaklah selucu mana. Namun begitu, ada juga sesetengah karakter yang dianggap satu penghinaan sekalipun niat asal pengarahnya bukanlah sedemikian.
Uncle Remus, "Song of the South" (1946)
"Song of the South" merupakan filem pertama Disney yang menggabungkan pelakon sebenar dengan animasi, sebelum wujudnya "Mary Poppins" (1964) mahupun "Who Framed Roger Rabbit" (1988). Ia memaparkan pelakon Afro-Amerikana James Baskett sebagai Uncle Remus yang suka memberi nasihat dan bercerita, lalu menarik perhatian seorang budak lelaki kulit putih bernama Johnny untuk terus mendengar cerita teladannya.
Disney tidak mempunyai niat lain ketika menghasilkan watak Uncle Remus, dan hanya mahu memaparkan watak seorang lelaki tua yang banyak pedoman dan tidak ubah seperti bapa atau datuk yang penyayang. Namun disebabkan Uncle Remus merupakan watak yang berlatarkan kehidupan zaman dahulu di Georgia, ramai yang berpendapat bahawa Uncle Remus adalah watak yang hidup di era perhambaan dan merupakan contoh yang tidak baik bagi bangsa Afro-Amerikana di Amerika Syarikat.
Malah ia telah diharamkan kerana dianggap sebagai satu penghinaan dan rasis, kerana Uncle Remus mengajar agar semua orang menikmati hidup dan hidup bahagia di saat warga Afro-Amerikana menjadi hamba abdi kepada tuan kulit putih mereka.
Kumpulan Gagak, "Dumbo" (1941)
Dalam filem animasi "Dumbo" tentang si anak gajah bertelinga lebar, Disney menghasilkan satu babak di mana sekumpulan gagak menemui Jumbo Jr. dan dengan telinganya yang lebar.
Kumpulan gagak tersebut sebenarnya membantu Jumbo Jr. untuk terbang dengan cara menaikkan keyakinan Jumbo Jr. kononnya dia boleh terbang dengan bantuan sehelai bulu dari kepak gagak. Namun begitu, ramai yang terganggu dengan cara gagak-gagak tersebut dipersembahkan, apabila mereka bercakap dengan gaya stereotipikal Afro-Amerikana, malah diketuai seekor gagak bernama Jim Crow (iaitu gelaran yang sama yang diberikan kepada Undang-undang Pengasingan Kaum yang dilaksanakan dari tahun 1876 hingga 1965).
Disebabkan nama tersebut yang sememangnya kontroversi dan cara gagak-gagak tersebut dipersembahkan, ramai yang berpendapat Disney tidak sensitif terhadap golongan Afro-Amerikana.
Rosemary Shanahan, "Shallow Hal" (2001)
Filem "Shallow Hal" merupakan sebuah filem komedi romantik yang ingin menyampaikan mesej bahawa anda harus melihat kecantikan dalaman dan bukan luaran dalam diri seseorang, dan kerana itu watak Hal yang dihipnosis, telah jatuh cinta kepada seorang wanita gemuk bernama Rosemary.
Dia yang pada awalnya menyangka dia jatuh cinta pada kecantikan luaran Rosemary, akhirnya tersedar dari pukauan dan menjadi keliru dengan perasaannya terhadap wanita yang berbadan besar di depannya.
Ya, mesej yang ingin disampaikan memang baik. Namun pengarahnya silap dalam mempersembahkan watak Rosemary itu sendiri.
Bukan sahaja watak tersebut dilakonkan oleh Gwyneth Paltrow (yang sering menjadi usikan ramai kerana terlalu obses dengan rupa paras dan bentuk badannya dalam kehidupan sebenar dan menjadikan lakonannya sedikit hipokrit), malah Rosemary distereotaip sebagai wanita gemuk yang kuat makan, yang terlalu berat sehingga boleh buat kerusi patah atau menghasilkan percikan air yang dahsyat bila membuat terjunan dalam kolam renang.
Malah, filem ini juga menyamakan wanita cantik dengan sifat buruk apabila setiap wanita cantik pastinya ada rancangan jahat.
Senang kata, dalam percubaan "Shallow Hal" untuk mengajar penonton agar tidak berfikiran cetek, mereka sendiri menggunakan komedi slapstick cetek dan stereotipikal untuk menyampaikan mesej tersebut.
Mammy, Prissy & Big Sam, "Gone with the Wind" (1939)
Mammy (lakonan Hattie McDaniel), Prissy (Butterfly McQueen) dan Big Sam (Everett Brown) merupakan antara contoh beberapa insan yang wujud dalam dunia Scarlett O'Hara dalam filem yang berlatarkan era Perang Saudara di Amerika Syarikat.
Malah Mammy dilihat sebagai pengasuh yang mampu mengawal Scarlett dan bertindak sebagai ibu Scarlett apabila ibu kandungnya meninggal dunia ketika perang tercetus.
Prissy pula pembantu yang setia. Sekalipun malas dan banyak alasan, itu adalah sifat biasa seorang remaja yang masih muda dan hanya mahu berangan. Malah, Prissy bersama Scarlett ketika dia melarikan diri dari Atlanta untuk pulang ke Tara, dan memastikan keselamatan Melanie dan anaknya yang baru dilahirkan.
Big Sam pula merupakan antara pekerja ladang kapas milik keluarga O'Hara yang akhirnya menyelamatkan Scarlett daripada gangguan seorang lelaki kulit hitam yang mahu mencuri kereta kudanya.
Mereka amat penting dalam kisah "Gone with the Wind" dan hidup Scarlett O'Hara. Namun begitu, hakikatnya mereka semua adalah hamba abdi yang bekerja di rumah ladang keluarga O'Hara, menjadikan ketiga-tiga mereka watak yang dianggap menghina bangsa Afro-Amerikana sendiri dan mengagungkan perhambaan. Sekalipun sudah terang lagikan bersuluh kisah karya Margaret Mitchell itu sendiri memang dihasilkan untuk memperlihatkan cara hidup selatan di era sebelum Perang Saudara dan Era Rekonstruksi Amerika.
Bukanlah kami hendak mengatakan perhambaan itu baik kerana memang sah-sah ianya salah dari sudut hak kemanusiaan dan moraliti, tapi itu realiti di era tersebut dan hanya menjadi sebahagian daripada penceritaan.
Bella Swan, "Twilight" (2008)
~Dan empat buah filem seterusnya
Apa yang cuba disampaikan oleh Stephenie Meyer dalam siri novel "Twilight"? Dia ingin gadis-gadis muda untuk tidak terus menyerahkan keperawanan mereka dengan mudah.
Dia ingin gadis-gadis muda untuk mempunyai pemikiran dan idea sendiri dan tidak mudah terpengaruh dengan orang lain.
Dia mahu gadis muda untuk berdikari, unik dan tersendiri. Dia mahu gadis muda untuk jadi kuat, feministik dan tabah.
Namun begitu, hasilnya tidak mencapai apa yang diingininya melalui watak Bella Swan. Kerana dialog yang tidak membuahkan inspirasi, Bella dilihat sebagai gadis yang terlalu mudah dipengaruhi, hanya mahu dicintai dan diberi perhatian, malah sukar untuk bangkit semula selepas ditinggalkan kekasih.
Mesej sebenar yang ingin disampaikan dicemari dengan keputusan-keputusan aneh Bella. Apa jadi dengan 'tidak serahkan keperawanan sewenang-wenangnya'?
Kahwini seekor pontianak sebaik sahaja tamat belajar dan tidak mempedulikan keluarga, macam pantun 'nasi lemak buah bidara'. Apa jadi dengan 'berdikari dan unik'?
Segera beralih kepada Jacob untuk merawat hati yang luka apabila ditinggalkan Edward. Apa jadi dengan 'tidak mudah dipengaruhi'?
Dia tidak berjaya bangkit kembali apabila ditinggalkan, dan memerlukan Jacob untuk memujuk hatinya. Apa jadi dengan 'gadis yang kuat dan tabah'? Dia perlu diselamatkan setiap masa, malah menambah masalah orang lain pula.
Senang kata, watak Bella Swan menentang semua prinsip feminisme itu sendiri dan hanya mengajar gadis muda untuk berangan tentang cinta dan bukan realistik tentang kehidupan.
[Sumber]