Pada tahun 1950, Korea Selatan adalah salah satu negara termiskin di dunia. Sama miskinnya dengan negara-negara termiskin di Afrika dan Asia. Ekonominya hanya bersandar pada pertanian, semuanya gara-gara pendudukan Jepun dan Perang Korea.
Empat dekad kemudian, Korea Selatan berubah dari negara termiskin, menjadi salah satu negara paling kaya dan tercanggih di dunia dengan nilai ekonomi trilion dollar.
Pada tahun 1963, GDP perkapita Korea Selatan cuma $100. setahun. Pada tahun 1995, $10,000 dan pada tahun 2011, $27,100, negara ke empat terkaya di Asia di belakang Brunei, Singapura dan Jepun.
Goldman Sachs meramalkan Korea Selatan pada tahun 2050 akan menjadi negara terkaya nombor dua di dunia, bakal mengalahkan semua negara lain kecuali Amerika Syarikat dengan pendapatan perkapita $81,000.
Korea juga tercatat sebagai negara dengan kecepatan pertumbuhan ekonomi sepanjang sejarah dunia.
Produk-produk elektronik Korea Selatan, Samsung dan LG, telah menguasai dunia. Dari peralatan canggih, tv plasma, LCD, sehinggalah semikonduktor.
Syarikat LG adalah syarikat pembuat panel plasma terbesar di dunia. Sementara Samsung, adalah konglomerat terbesar di dunia, yang hanya mampu dikalahkan oleh General Electric.
Industri perkapalan Korea Selatan, Hyundai dan Samsung Heavy Industries, adalah yang terbesar di dunia dan mengalahkan Jepun pada tahun 2004. Hyundai pula merupakan syarikat automotif ke lima terbesar di dunia.
Korea Selatan juga telah menjadi negara termaju di dunia dalam bidang infrastruktur teknologi. Sejak tahun 2000, seluruh masyarakat Korea Selatan telah menikmati jaringan internet 100Mbit/sesaat, siaran televisyen interaktif high-definition dan teknologi komunikasi 4G.
Ekonomi Korea Selatan bukannya dibangunkan dengan tumpuan kepada industri-industri ringan seperti tekstil yang mudah dan ringan. Tapi kerajaan Korea Selatan telah mempersiapkan segala-galanya, infrastruktur, sumber bahan mentah dan pengetahuan untuk peringkat industri seterusnya. Industri berat seperti baja, automotif, perkapalan bukan sekadar untuk dimajukan, tetapi untuk mengusai dunia!
Sejak awal, strategi Korea Selatan adalah export oriented. Mereka juga mempersiapkan diri dan berjuang untuk merebut pasaran terbuka dunia!
Ini akibat dari keadaan yang sama seperti negara Jepun, sumber alam yang sangat terbatas dan pasaran dalam negeri yang kecil.
Kerajaan Korea Selatan memberikan sokongan yang kuat kearah usaha ini. Infrastruktur, modal yang murah, pinjaman dengan kadar faedah rendah untuk industri berat dan sumber manusia berkualiti tinggi.
Birokrasi diurus secara efisien dan berkualiti tinggi. Birokrat di didik dengan proses pembelajaran dan disiplin bertafar dunia. Hanya yang terbaik yang ada dalam sistem birokrasi. Yang tidak efisien, disingkir serta-merta. Tidak ada masa untuk sistem yang korupsi.
Para konglomerat, Hyundai, Samsung, dan LG juga adalah pejuang yang sangat nasionalis. Mereka pada dasarnya akan berjuang bermati-matian untuk menembusi pasaran dunia demi kemajuan bangsa Korea. Dengan, atau tanpa bantuan dari kerajaan.
Pemimpin Korea Selatan juga mempunyai visi yang sangat maju dalam penyerapan dan pengembangan teknologi. Inilah kunci kepada semua bangsa-bangsa maju.
Pada tahun 1959, kerajaan Korea Selatan sudah mendirikan Korean Atomic Energy Commision. Pada pertengahan tahun 1960, Kementerian Sains dan Teknologi dibentuk. Kemudian, Korea Institute of Science and Technology yang dibentuk untuk riset industrial.
Selepas itu, proses pembelajaran sains dan teknologi dilakukan secara besar-besaran. Cendekiawan asing dan segala teknologi terbaru dari Barat diserap habis-habisan. Kajian dan penelitian digalakkan, individu serta badan-badan penyelidikan yang unggul diberi dana yang sangat besar oleh kerajaan. Industri-industri dengan potensi pasaran masa depan yang besar dianalisis dan diburu habis-habisan, samada oleh pihak kerajaan mahupun swasta.
Industri-industri utama Korea Selatan sekarang adalah automotif, semikonduktor, elektronik, pembuatan kapal, dan baja. Korea juga giat mengembangkan industri-industri strategik masa depan, seperti Nanoteknologi, Bioteknologi, Teknologi Informasi, Robot, dan teknologi ruang angkasa.
Korea Selatan mempunyai robot humanoid ke 2 di dunia, HUBO, robot berkepala Einstein. (Robot humanoid pertama dunia adalah Asimo dari Jepun). Korea juga bercita-cita menjadi “World’s Number 1 Robotics Nation”, bangsa pengguna robot terbesar dunia pada 2025 nanti.
Apa sebenarnya rahsia bangsa Korea mempunyai kemampuan yang tinggi untuk menyerap ilmu sains dan teknologi? Kuncinya adalah...
Pembangunan manusia-manusia unggul!
Manusia-manusia unggul yang mempunyai kemampuan tinggi dalam menyerap ilmu dan teknologi. Pembangunan manusia-manusia unggul, melalui pendidikan unggul, pendidikan terbaik di dunia!
Sejak sekian lama, kerajaan Korea Selatan telah berjuang supaya generasi muda Korea Selatan memiliki nilai matematik dan sains yang tinggi. Bukan dalam standard Korea Selatan tetapi dalam skala global. Jadi, sistem pendidikan terbaik di dunia harus dibentuk dari mula.
Ahli-ahli pendidikan terbaik di dunia, pakar-pakar sains dan teknologi termaju didatangkan untuk membentuk sistem pendidikan Korea. Pelbagai usaha dilakukan agar universiti-universiti di Korea Selatan sejajar dengan universiti Harvard dan MIT, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.
Sejak awal 70an, walaupun sangat sukar, kerajaan Korea Selatan telah berjaya mencapai lebih dari 20% anggarannya dalam proses pembelajaran bangsa Korea. Untuk mencipta generasi pintar, kanak-kanak Korea Selatan didorong untuk belajar ke kampus-kampus paling terkemuka dunia, Harvard, Princeton, MIT.
Dan hasilnya, Korea Selatan akhirnya berjaya. Tahap IQ Korea Selatan secara nasional adalah yang tertinggi di dunia.
Dan kanak-kanak Korea Selatan juga memiliki ranking teratas dalam kemampuan matematik, sains, penyelesaian masalah dalam membaca di peringkat OECD, Organisation for Economic Co-operation and Development.
-Sentiasapanas.com

GDP per capita ($USD).

Robot HUBO.

Pembedahan plastik tertinggi di dunia...
ReplyDeleteSememangnya negara yang sangat taksub dengan pembedahan plastik.
DeleteKomen yang tak relevan dengan artikel. Semasa discussion pon tak boleh focus dgn perkara pokok, macam mana nak ada mentaliti maju.
ReplyDeleteRata-rata pembaca mahukan bacaan ringan sahaja. Biasanya artikel 'berat' kurang diminati. Mungkin kerana mentaliti dunia ketiga?
Delete