Saturday, November 23, 2013

Bernilaikah Diri Anda Di Mata Orang Lain?


Info Motivasi. Suatu hari, seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.

Harga diri

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin, “Siapa yang nak duit ini?”.

Ramai peserta mengangkat tangan menunjukkan ramai yang berminat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda, tapi sebelum itu perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.

Lalu bertanya lagi, “Siapa yang masih mahu duit ini?”

Jumlah tangan yang mengangkat tidak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya, “Apa yang akan terjadi apabila saya melakukan ini?”, ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai dan melenyek-lenyekkannya dengan kasutnya.

Walaupun masih utuh, wang itu menjadi kotor, lusuh dan renyuk.

"Ok, sekarang masih ada yang berminat?”

Tangan-tangan yang diangkat ke atas masih juga sama.

“Hadirin sekalian, anda baru sahaja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya”.

“Biarpun renyuk, lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..”

“Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, 'terkoyak' dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat dalam situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu”.

“Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tidak bererti”.

“Padahal apapun yang telah dan akan terjadi, anda tidak pernah kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan”.

“Jadi, walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai tersendiri”.

“Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga”.

“Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita”.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon