Saturday, November 23, 2013

Anjing Tertua Di Dunia Mati Pada Usia 147 Tahun!


Seekor anjing dari spesis Dachshund berbadan panjang dan berkaki pendek, yang tercatat sebagai anjing tertua di dunia, mati pada usia 21 tahun atau sama dengan 147 tahun dalam kalender anjing, di Long Island, Amerika Syarikat.

Chanel, the world's oldest dog dies at age 147

Anjing bernama Chanel itu mati pada 28 Ogos 2009, atas sebab semulajadi di rumah pemiliknya di Port Jefferson Station, 80 kilometer di timur New York.

Pihak Guinness World Records memberi penghargaan kepada anjing itu pada Mei 2012, ketika usianya genap 21 tahun, sebagai anjing tertua di dunia.

Pemilik anjing tersebut, pasangan Denice dan Karl Shaughnessy, mengambil Chanel dari sebuah pusat penjagaan binatang peliharaan di Virginia ketika anjing itu berusia enam minggu.

Mereka mengatakan, Chanel dalam beberapa kebelakangan ini menggunakan cermin mata warna kerana menghidap katarak di matanya.

Chanel juga menyukai baju panas kerana anjing tersebut sensitif terhadap cuaca sejuk.

Namun, menurut pasangan ini, Chanel tetap bersemangat dikala usianya sudah lanjut.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon