Tuesday, November 12, 2013

Alangkah Mudahnya Mendapatkan MyKad Palsu Di Malaysia!


Sejak 23 Oktober lalu, pelbagai kisah kad pengenalan palsu berjaya didedahkan dan menjadi persoalan bagaimana warga asing menjadi pengawal keselamatan haram di Malaysia dengan menggunakan MyKad palsu.

IC PROJEK
Joemar.

La Ode Muhamad Arjuna Mtadjo, berasal dari Raha, Sulawesi Tenggara, Indonesia berkongsi maklumat bagaimana mudahnya mendapatkan MyKad palsu dengan harga RM350.

Sejak kisahnya disebarkan, facebook Arjuna tidak lagi aktif.

IC PROJEK

Semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk mengetahui samada lelaki di atas, dikenali sebagai Joemar Omar layak mengundi atau tidak menggunakan MyKad palsu miliknya.

Berikut hasil dipaparkan.

IC PROJEK

Maksudnya, MyKad terbabit tidak digunakan untuk warga asing itu mengundi tetapi sekadar untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.

Selain daripada Joemar, ramai lagi rakan facebook pembunuh pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, didapati menggunakan MyKad palsu, klik di sini..

Fakta menakjubkan, perompak itu dan teman wanitanya juga pemilik MyKad palsu. Nama sebenar wanita sedang diburu polis, Noreha Lamuddin, 27 tahun, berasal dari Lambitan Filipina dan dikenali dengan identiti, Hasnah Hassan di Malaysia.

Nampaknya bukan sahaja warga Indonesia terbabit sebagai pemegang MyKad palsu, malah rakyat Filipina juga sama.

Barangkali kerana wajah sebilangan mereka kelihatan seperti penampilan orang Melayu. Jadi amat mudah untuk warga asing itu mengelirukan majikan dan juga kenalan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah hukuman jika warga asing diberkas menggunakan Mykad palsu?

Mengikut Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, pesalah boleh dipenjara maksimum 3 tahun atau denda RM20,000 atau keduanya.

Bagaimanapun dua pengawal keselamatan warga Filipina diberkas di Petaling Jaya, Selangor hanya dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh mahkamah.

Dengan hukuman ringan seperti itu, tidak hairan jika penggunaan MyKad palsu akan terus berleluasa di Malaysia.

Suspek Pengawal Ambank Beli IC Palsu

Ardi-Hamza

Suspek kes bunuh pegawai AmBank, Laode Ardina Laode Rasila dipercayai membeli kad pengenalan palsu daripada seorang lelaki warga Indonesia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pembelian kad pengenalan palsu itu dibuat di Malaysia dan ia bukan kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Dia (suspek) mengaku membeli kad pengenalan itu dari seorang lelaki warga Indonesia. Kita sedang menyiasat berkenaan dengan penjualan kad pengenalan palsu.

“Ini kad pengenalan palsu, bukan kad yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan suspek juga membeli kad pengenalan itu di Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah Dari Perspektif Islam di Maktab Polis Diraja Malaysia.

Sementara itu katanya, polis turut memburu seorang lagi rakan suspek yang dikenali sebagai Joemar dipercayai menjadi dalang utama merancang rompakan tersebut.

BACA INI JUGA: Kes Sadis Eno Farihah Ulangi Kekejaman Kes Junko Furuta

Sumber: Malaysiasensasi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon