Friday, November 01, 2013

Afidavit Alvin Dan Vivian Salahkan UMNO


Sudahlah diri sendiri memuatnaikkan gambar di Facebook yang mengajak orang Islam berbuka puasa dengan ‘Bak Kut Teh’ atau masakan berasakan babi, alih-alih UMNO pulak yang disalahkan mendalangi pendakwaan mereka di mahkamah.

Alvin Dan Vivian

Itulah antara kandungan afidavit pasangan blogger seks bebas Alvin Tan dan Vivian Lee untuk mengenepikan tiga pendakwaan terhadap mereka di bawah Seksyen 298A, Kanun Keseksaan.

Hari ini permohonan afidavit mereka di dengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut kedua-duanya memetik laporan The Malaysian Insider (TMI), kekecohan berhubung gambar ‘Bak Kut Teh’ yang dimuatnaik di Facebook pada bulan Ramadhan lalu disebabkan orang Islam sensitif dan beremosi selain mendakwa ia diprovokasi oleh sesetengah pemimpin UMNO.

Sahlah, Alvin dan Vivian telah pun memasuki kelas menghasut yang dibuat oleh pembangkang kerana biarpun diri sendiri yang cuba mewujudkan sentimen kemarahan, UMNO juga disalahkan… Kan mudah nak mengenalpasti punca tuduhan seperti itu.

UMNO adalah parti yang bertanggungjawab menjaga hak orang Melayu yang beragama Islam oleh itu sudah menjadi tanggungjawab parti itu bertindak balas ke atas provokasi melampau Alvin dan Vivian yang terang-terangan mencabuli unsur sensitif dalam Islam.

Lebih-lebih lagi ia menyentuh bab makanan dan ajakan kedua-duanya itu ialah untuk memakan ‘Bak Kut Teh’ sejenis sup yang diperbuat daripada tulang babi.

“Dakwaan ini adalah andaian dan persepsi yang dicetuskan akibat kenyataan umum yang diberikan oleh beberapa ahli politik Umno berkenaan dengan perbuatan pemohon-pemohon tersebut untuk mengocak pemikiran rakyat Malaysia (terutama rakyat beragama Islam) dengan tujuan dan objektif politik mereka,” kata kedua-dua Tan dan Lee dalam afidavit mereka menurut laporan TMI.

Mereka didakwa menyebabkan gangguan terhadap keharmonian, mengganggu perpaduan dan menimbulkan kebencian agama.

Semasa prosiding pendengaran, peguam pasangan tersebut Chong Joo Tian berhujah seksyen tersebut tidak seharusnya digunakan kepada bukan Islam dan ia bukan bermaksud mengawal ketenteraman awam.

Timbalan Pendakwaraya Wan Shaharuddin Wan Ladin bagaimanapun berhujah tidak dapat dibuktikan Seksyen 298A hanya termaktub kepada orang-orang Islam.

Beliau turut mengatakan sebagai contoh, seksyen tersebut boleh digunakan juga terhadap orang-orang Islam yang menjemput penganut agama Hindu memakan daging lembu semasa perayaan Deepavali.

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon