Seorang penjenayah yang terkenal, Richard 'Dick' Turpin (1705-1739) mungkin adalah seorang penyamun di Britain yang paling hebat dalam sejarah negara tersebut.
Dia terlibat dalam pelbagai jenis kegiatan samun termasuklah mencuri lembu, mencuri di jalanan dan juga sangat terkenal kerana telah dibunuh sebelum sempat menjalani hukumannya di York.
Selepas kematiannya, Dick telah menjadi satu objek yang begitu popular dan tergolong dalam lagenda tempatan serta dipotretkan secara romantik dan heroik dalam lagu-lagu Inggeris serta dipentaskan pula di teater-teater pada kurun 18 dan 19 dan ceritanya juga turut difilemkan bila masa sudah menganjak ke abad ke 20. Namun, terdapat perbezaan yang ketara antara sejarah dan lagenda.
Dick telah dilahirkan di sebuah wilayah di Essex pada tahun 1706 dan adalah anak seorang petani kampung. Semasa zaman mudanya, dia telah menjadi pelapis kepada seorang pemotong daging dan dia kemudian telah membuka sebuah kedai sendiri di pinggir London.
Namun Dick tidak bergantung kepada pembekal-pembekal yang sah, Dick sebaliknya mendapatkan bekalan untuk kedainya dengan cara mencuri kambing biri-biri dan lembu, iaitu satu kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman mati.
Tidak lama kemudian dia telah ditangkap ketika sedang mencuri dua ekor lembu dan telah melarikan diri dari kawasan tersebut serta meninggalkan isteri dan perniagaannya. Dia berpindah ke Essex dan masuk ke dalam kumpulan Gregory Gang.
Walaupun kemudiannya berpisah dari kumpulan ini, setiap ahlinya masih lagi meneruskan kegiatan jenayah termasuklah Dick dan Thomas Rowden. Kedua-duanya bertukar strategi dari merompak rumah-rumah yang terpencil kepada merompak pengangkutan berkuda yang melalui Hutan Epping.
Menjelang 1737, Dick mencapai kemuncak kerjayanya sehinggakan ada penjenayah lain yang diupah untuk membunuhnya dengan upah sebanyak 100 paun. Dick kemudiannya tinggal di Yorkshire dengan nama John Palmer dan kononnya menjadi seorang petani yang budiman. Namun penyamarannya terbongkar dan Dick akhirnya tertangkap.
Pada bulan April 1739, Dick telah dibawa ke jalan-jalan di York dengan Wagon semasa diiringi ke tempat dia akan digantung. Namun, Dick tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya hanya tersenyum dan melambai-lambaikan tangannya.
Bila sampai ditempat tersebut, dia telah memberikan ceramah selama 30 minit untuk menghiburkan orang ramai yang hadir. Dia kemudiannya menarik tali gantung, meletakkannya dileher dan terjun dari tangga.
Lima minit kemudiannya Dick akhirnya mati.
Namun hanya selepas kematiannya, Dick Turpin yang menunjukkan keberanian yang memaparkan watak sebenar Dick dan menjadikannya lagenda.
Sepertimana penjenayah-penjenayah yang lain, Dick juga ialah seorang penjenayah yang sangat ganas, jahat dan tidak berperikemanusiaan, namun entah bagaimana bila hayatnya teah tiada, dia telah mencapai satu tahap yang hebat sebagai salah seorang penjenayah yang terkenal.
BACA INI JUGA: Simo Hayha, Sniper Lagenda Perang Soviet
-Sentiasapanas.com
Gambar hiasan.