Saturday, October 19, 2013

Naib Juara Masterchef 3 Amerika Syarikat Bunuh Diri


Peminat program realiti Masterchef Amerika Syarikat (AS) dikejutkan dengan berita buruk apabila naib juara musim ketiga rancangan itu, Joshua Marks dijumpai mati oleh ahli keluarganya pada Jumaat lalu.

Joshua Marks
Joshua dilaporkan mengalami penyakit mental sehingga 
menyebabkan dia mengambil tindakan membunuh diri.

CNN melaporkan, Joshua, 26, telah menembak kepalanya menggunakan sepucuk pistol yang dipercayai dibelinya tanpa pengetahuan keluarga.

Sumber terdekat keluarga mangsa memberitahu Joshua disahkan menghidap sejenis gangguan mental sejak beberapa tahun lalu dan tindakan nekadnya membunuh diri dipercayai mempunyai kaitan dengan penyakit berkenaan.

"Dia kelihatan tidak terurus dan tertekan sejak kebelakangan ini namun tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar dia dalam keadaan tersebut," kata sumber berkenaan.

Tambah sumber itu lagi, keluarga Joshua telah melakukan pelbagai usaha untuk mengubati penyakitnya namun tidak berjaya.

"Kemudahan untuk pesakit mental seperti Joshua di tempat asalnya iaitu Illinois tidak banyak dan keluarganya sudah melakukan apa yang termampu," katanya.

Keluarga mendiang masih dalam keadaan terkejut dan enggan bertemu dengan pihak media untuk bercakap mengenai perkara tersebut.

Bekas peserta program berkenaan dan juri tetap iaitu Chef Gordon Ramsay turut melahirkan rasa simpati dan takziah atas kehilangan Joshua.

Sumber: mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon