Thursday, October 10, 2013

Moruga Scorpion Cili Paling Pedas Di Dunia


Untuk mendapatkan rasa cili yang sebenar, rasa cili yang melampau pedasnya, maka kita terpaksa bergerak agak jauh dari kawasan Asia dan sebaliknya pergi ke kawasan Cariribean.

Moruga Scorpion
Moruga Scorpion.

Cili ini dikatakan adalah cili yang paling pedas di dalam kesemua keluarga cili yang ada di dunia.

Malah, dikatakan menanam pokok-pokok cili yang pedas telah menjadi satu tradisi di Trinidad sejak berkurun-kurun lamanya.

Pada tahun 1912, Wilbur Scoville telah membangunkan skala Scoville iaitu ukuran yang digunakan untuk mengukur kepedasan sesejenis cili.


Kepedasan cili sebenarnya berasal dari bahan kimia yang digelar 'capsaicin'.

Pada tahun 2007, pihak Guiness telah menabalkan Nga Bhut Jolokia ataupun Cili Hantu sebagai yang paling pedas di dunia dengan ukuran unit skala Scovillenya pada 1,000,000.

Namun sejak itu cili-cili yang pedas terus bersaing sehinggalah kini rekod cili paling pedas telah dipegang oleh Moruga Scorpion yang mempunyai ukuran unit Scoville 2,000,000!

Dikatakan sos asli Tabasco hanya mempunyai skala 5,000.

BACA INI JUGA: Burger Paling Pedas Di Dunia Wajib Pakai Sarung Tangan Ketika Makan!

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon