Thursday, October 17, 2013

Misteri Teknologi Canggih Pembinaan Piramid Firaun


Tempat bermulanya peradaban manusia adalah di Bakkah (nama lama bagi Makkah) di Arab Saudi, kerana di situlah perkampungan yang mula-mula sekali dibina oleh Nabi Adam a.s dan Hawa setelah mereka bertemu. Dan di situ jugalah rumah ibadat yang pertama sekali didirikan.

Misteri Kota Mekah

"Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia." [Surah Aali Imran: Ayat 96]

"Dan Dia (Allah) telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”. [Surah Al-Baqarah : Ayat 31 - 33]

Nabi Adam a.s telah diajarkan sendiri oleh Allah S.w.t nama-nama benda di dunia ini dan mungkin segala macam ilmu lagi, sehinggakan para malaikat pun mengagumi dan sujud hormat kepada Adam. Bayangkan lah betapa Allah sendiri yang menjadi guru kepada Adam, maka sudah tentu lah ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Nabi Adam a.s sangat luar biasa hebatnya.

Dan dari Makkah lah, anak cucu Adam dan Hawa mula membanjiri ke seluruh pelusuk dunia.

Piramid dan Firaun

Piramid Giza

"Dan berkatalah Firaun: "Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta". [Surah al-Qasas : Ayat 38]

Akhbar American Times edisi 1 Disember 2006 menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid.

Menurut kajian, disebutkan bahawa batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Para saintis mengatakan, Firaun mahir dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat daripada kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Prof. Gilles Hug dan Dr. Michael Barsoum menegaskan, piramid yang paling besar di Giza, dibuat daripada dua jenis batuan yang terdiri daripada batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil olahan tanah liat.

Membongkar rahsia Piramid dan teknologi zaman dulu kala

Para Egyptologist mengatakan bahawa Piramid di Giza hanya mengambil masa selama 20 tahun sahaja untuk disiapkan. Lebih daripada 2 juta bongkah batu besar digunakan untuk membinanya.

Blok-blok batu antara koridor dipotong dengan bentuk yang sama, seperti dalam gambar di bawah;

Piramid Giza
Blok-blok batu antara koridor berbentuk sama (gambar yang 
telah dicantumkan dua permukaan antara dinding koridor).

Piramid Giza
Gambar asal sebelah dinding koridor.

Kecanggihan susunan blok-blok batu yang bukan sahaja padat dan tepat, sehingga tiada lubang yang boleh memuatkan mata pisau cukur pun antara bongkah-bongkah batunya, tetapi juga dapat menahan gempa bumi.

Berdekatan dengan Great Pyramid of Giza ada batu lantai hitam. Apabila dilihat dengan dekat kesan-kesan keratan pada batu-batu tersebut, ia seumpama dikerat dengan mesin zaman moden. Lihat contoh-contoh seperti di bawah;

Piramid Giza
Batu seolah-olah dikerat dengan mesin moden.

Piramid Giza
Bandingan keratan batu tahun 1998 dengan tahun 2750SM.

Piramid Giza
Bandingan keratan batu tahun 1998 dengan tahun 2750SM.

Pada tapak-tapak piramid yang lain pula, ada lubang-lubang yang ditebuk pada batu, yang seolah-olah mustahil ditebuk dengan tangan, melainkan menggunakan mesin seperti mesin moden.

Piramid Giza
Lubang pada batu seolah ditebuk dengan mesin moden.

Piramid Giza
Lubang pada batu seolah ditebuk dengan mesin moden.

Piramid di Giza dikatakan dibina lebih 4000 tahun yang lalu, tetapi di dalamnya ada lukisan-lukisan kenderaan zaman moden seperti helikopter, kapal selam, hovercraft dan kereta kebal. Ada yang mengatakannya sebagai secara kebetulan. Tetapi bagaimana secara kebetulan boleh berada dalam kelompok yang sama, yang mana beberapa tulisan/lukisan itu berupa seperti kenderaan-kenderaan zaman moden?

Antara teori yang dapat dinyatakan di sini ialah, kemungkinan tulisan-tulisan simbol berupa kenderaan-kenderaan zaman moden itu adalah lakaran kembali gambar kenderaan-kenderaan yang pernah wujud sebelum itu lagi.

Mungkin diceritakan dan digambarkan semula oleh nenek moyang mereka kenderaan-kenderaan yang pernah wujud sebelum banjir terbesar dunia zaman Nabi Nuh a.s ataupun sebelum bala-bencana lain yang berlaku yang Allah timpakan ke atas umat dulu kala kerana derhaka kepadaNya.

Egypt Hieroglyph
Lukisan kenderaan moden dalam piramid bersama tulisan Hieroglyph.

Ataupun mungkin piramid-piramid itu memang diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s kepada para jin untuk membinanya. Dan para jin sudah tentu ada yang tahu banyak berita-berita langit, kerana sebelum Nabi Muhammad S.a.w lahir, para jin masih boleh terbang ke langit untuk mencuri dengar berita-berita dari para malaikat.

Piramid-piramid itu sendiri boleh dikatakan adalah sebuah loji menjana-kuasa elektrik gergasi. Sarung luar Piramid Besar telah diliputi dengan batu kapur putih tufa, ianya padat sehinggakan pisau cukur tidak boleh muat antara blok. Batu kapur putih tufa itu tidak mengandungi magnesium dan mempunyai ciri-ciri penebat yang tinggi. Ciri-ciri penebat ini menghalang elektrik di dalam piramid itu daripada dikeluarkan tanpa kawalan.

Blok-blok batu yang digunakan di dalam piramid itu diperbuat daripada satu lagi bentuk batu kapur yang mengandungi kristal yang merupakan konduktor elektrik yang sangat tinggi dan sejumlah kecil logam, yang membolehkan penghantaran kuasa maksimum.

Paksi di dalam piramid itu telah dipenuhi dengan granit. Granit, sebagai satu konduktor, adalah bahan yang sedikit radioaktif dan membenarkan pengionan udara di dalam paksi.

Apabila kita melihat ke dalam kabel elektrik terlindung, kita lihat bahawa bahan-bahan konduktif dan penebat yang digunakan adalah cara yang sama seperti dalam piramid.

Ada lukisan seperti mentol lampu yang besar dalam piramid Mesir itu. Adalah dipercayai pencahayaan di dalam piramid ketika itu adalah dengan menggunakan mentol lampu tanpa wayar. Konsepnya sama seperti yang pernah ditunjukkan oleh Nicola Tesla dalam World's Fair di Chicago tahun 1893.

Mentol lampu mesir purba
Mentol lampu mesir purba.

Egypt wireless Antenna
Antenna tanpa wayar.

Lampu arka yang digunakan dalam Rumah Api Iskandariah (Lighthouse of Alexandria) adalah bukti selanjutnya bahawa elektrik telah digunakan di Mesir purba. Tenaga yang diperlukan untuk menyalakan Rumah Api Iskandariah selama 24 jam sehari hanya mungkin telah dibekalkan oleh sumber elektrik biasa.

Baghdad Battery
Lakaran seperti Bateri Baghdad yang terkenal 
itu juga ada ditemui dalam piramid di Mesir.

Ada ditemui barang yang mana dikatakan oleh ahli arkeologi sebagai arca atau ukiran, tetapi bagi ahli-ahli sains kejuruteraan menganggapnya sebagai salah satu komponen dari sebuah mesin. Seperti dalam gambar di bawah, bentuknya pun nampak seperti disk yang mungkin adalah komponen sesebuah mesin. Dan ditemui juga satu batang silinder yang muat jika dipadankan dengan bulatan di tengah disk di bawah.

Mystery disk
Sebuah arca atau komponen mesin?

Banyak kaedah matematikal yang berkaitan piramid di Mesir adalah sangat canggih dan menakjubkan. Sebagai satu contoh, ketinggian Piramid Besar di Mesir (Giza) adalah 149.4 meter, manakala jarak di antara Bumi dan matahari adalah 149. 4 juta kilometer tepat. Dan macam-macam lagi.

Suhu di dalam bilik Piramid besar sepanjang tahun tidak melebihi 22 darjah Celsius. Bayangkan, berada di tengah-tengah padang pasir yang panas terik, di dalam batuan besar, tetapi dapat mencapai suhu serendah itu.

Chris Dunn, seorang jurutera pengilangan mengatakan bahawa wajah patung Luxor adalah simetri antara bahagian kiri dan kanan. Ianya bukan hasil kerja tangan dengan menggunakan tukul dan pahat, kerana pembuatannya begitu tepat. Bagaimana sebuah patung yang sangat besar boleh diukir dengan simetri kiri dan kanan pada zaman yang dikatakan kuno?

Luxor
Luxor
Wajah patung Luxor adalah simetri antara bahagian kiri dan kanan.

Telah ditemui piramid-piramid besar di Mesir, Peru, Mexico, China. Dimana Piramid Besar di Giza terletak di tengah-tengah antara kesemua piramid ini.

Dan di setiap piramid itu ada terpapar tulisan-tulisan Hieroglyph di dalamnya. Seolah-olah ianya adalah signal kepada sesuatu dan bukannya tiada tujuan.

Hieroglyph

Easter Island, Peru, Mexico, Mesir dan China walaupun terpisah jauh tetapi binaan-binaan kuno yang ditemui di sana ada beberapa persamaan yang ketara, seperti terdapat mumia di dalamnya, tulisan-tulisan Hieroglyph, teknik binaan tahan gempa bumi, kaedah astrologikal dan astronomikal yang digunakan dan terdapat binaan piramid (selain dari Easter Island).

Easter Island
Blok binaan di Easter Island.

Cuzko, Peru
Blok binaan di Cuzko, Peru.

Machu Picchu, Peru
Blok binaan di Machu Picchu, Peru.

Ollantaytambo, Peru
Blok binaan di Ollantaytambo, Peru.

Saqsayhuaman, Peru
Blok binaan di Saqsayhuaman, Peru.

Giza, Mesir
Blok binaan di Giza, Mesir.

Perhatikanlah gambar-gambar teknik binaan yang sama di setiap tempat itu seperti di bawah. Tidak mustahil ia semua dibina oleh orang-orang atau kelompok-kelompok tertentu yang sama. Wallahhua'lam

BACA INI JUGA: Rahsia Pencipta Piramid Akhirnya Terbongkar

[Sumber]

2 comments

  1. Assalammualaikum.. sentiasa panas,

    memang menarik artikel nie...

    mselim3

    ReplyDelete
  2. Sangat menarik. Sangat sukakan sejarah.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon