Tuesday, October 22, 2013

Misteri Penemuan Galaksi Seperti Zamrud


Sebuah galaksi aneh berbentuk segi empat panjang mirip seperti potongan zamrud telah ditemui oleh ahli astronomi.

LEDA 074886
LEDA 074886.

Galaksi berbentuk pelik itu berjaya dikesan menggunakan alat khusus untuk mencari sesuatu anomali di luar angkasa.

Alat tersebut diberi nama Teleskop Subaru Jepun, milik kepunyaan seorang ahli astrofizik dari Universiti Teknologi Swinburne (UTS) di Australia, Dr. Lee Spitler.

Ketika ditemui, fenomena kosmik berbentuk unik itu berada dalam sebuah gugusan yang terdiri daripada 250 buah galaksi. Kedudukannya pula dikesan terletak pada jarak sekitar 70 juta tahun cahaya dari Bumi.

Ahli astronomi sebelum ini tidak dapat mengenal pasti bentuk segi empat panjang pada galaksi. Justeru, penemuan kali ini hanya dinamakan sebagai LEDA 074886 atau 'galaksi potongan zamrud'.

Dalam ilmu astronomi, galaksi bermaksud suatu sistem yang sangat besar. Terdiri daripada jutaan gugusan bintang dan nebula. Jumlah galaksi dalam sistem suira kini dianggarkan sekitar 100 juta banyaknya. Salah satunya ialah galaksi Bimasakti (Milky Way) dimana kita hidup sekarang ini.

Menurut Profesor Dr. Alister Graham dari Pusat Astrofizik di UTS, dalam jutaan penemuan galaksi sebelum ini, belum pernah ada galaksi unik berbentuk empat segi panjang dijumpai dalam alam semesta. Biasanya, galaksi yang ditemui berbentuk pilin, lentil, bujur, sementara ada sebahagiannya tidak mempunyai bentuk.

Tapi, Dr. Graham berkata, penemuan terbaru ini telah membuatkan ramai pengkaji astronomi tersenyum lebar kerana kewujudannya tidak pernah difikirkan akan ada dalam alam semesta kita. Tambahan pula, spesis galaksi baru ini benar-benar unik kerana bentuknya kelihatan eksotik, lain daripada biasa dan menentang hukum alam.

Selain bentuknya yang pelik, di dalam LEDA 074886 juga memiliki cakeram atau piring bintang sebaris dengan garis panjang galaksi. Piring bintang ini tidak duduk diam, ia berputar dengan kecepatan 33 kilometer sejam. Disamping itu, ia turut dikenal pasti sebagai galaksi berstatus kerdil kerana bersaiz kurang 50 kali bintang dari galaksi Bimasakti.

Galaksi bimasakti
Galaksi Bimasakti.

Saintis masih cuba mempelajari bagaimana LEDA 074886 boleh keluar daripada paten galaksi biasa. Teori awal mengatakan bahawa ia mungkin terbentuk daripada beberapa interaksi graviti pasang-surut hingga menyebabkan galaksi itu memiliki bentuk luar biasa.

Bagaimanapun, ramai saintis tidak begitu yakin dengan andaian itu. Lalu, dicadangkan pula kemungkinan lain bahawa galaksi eksotik itu terbentuk daripada pertembungan dua buah galaksi berbentuk cengkeram. Impak daripada perlanggaran itu, gas disekeliling galaksi tersedut dan tenggelam ke pusat galaksi.

Kesan penggabungan itu juga menyebabkan jutaan bintang bertaburan, lalu membentuk seperti kotak. Namun apabila diamati dari bumi, bintang-bintang yang berkumpul itu tidak terlihat seperti kotak, sebaliknya membentuk seakan segi empat panjang.

Begitu pun, sebahagian pengkaji bintang cuba menidakkan bentuk LEDA 074886 seperti yang dikatakan. Galaksi yang baru ditemui itu dikatakan tidak mungkin berbentuk segi empat panjang. Tapi ia dipercayai hanya menyerupai sisi berbentuk galaksi cakeram dan kelihatan seperti silinder pendek.

Keck Telescope Hawaii
Keck.

Hipotesis ini disokong daripada pengamatan menggunakan teleskop raksasa Keck di Hawaii. Teleskop berkenaan mendedahkan bahawa cakeram nipis pada LEDA 074886 dilihat bergerak pantas dengan bahagian tepi tersembunyi pada pusat galaksi.

Sisi paling jauh yang diukur dari cakeram galaksi ini didapati berputar pada kelajuan lebih dari 100,000 kilometer sejam (62,000 mph). Sayangnya, teleskop tersebut tidak dapat memastikan adakah bentuk sebenar LEDA 074886, sama ada patennya seperti cakeram ataupun tidak.

Dr. Graham berpendapat, jika penemuan galaksi potongan zamrud itu tepat, maka ini adalah satu lagi kejayaan dalam memperkayakan keragaman bentuk galaksi di angkasa raya. Saintis ini berasa yakin bahawa penemuan ini boleh membuka horizon baru dalam kajian evolusi galaksi dalam alam semesta.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon