Sunday, October 27, 2013

Michael Jackson Raih RM505 Juta Selepas Meninggal


Mendiang Raja Pop, Michael Jackson merampas semula gelaran sebagai selebriti yang telah meninggal dunia tetapi meraih pendapatan paling tinggi untuk tahun 2012, menurut majalah Forbes kelmarin.

Michael Jackson

Ikon muzik pop itu dengan mudah telah memintas mendiang Elvis Presley dan kartunis terkemuka, Charles Schulz.

Jackson yang meninggal dunia pada 2009 kerana jantungnya gagal berfungsi telah kembali berada di puncak selepas gelaran itu dirampas mendiang Elizabeth Taylor.

Penyanyi itu memperoleh jumlah pendapatan yang dianggarkan sebanyak AS$160 juta (RM505 juta) dalam tempoh 12 bulan sejak Oktober 2012 sehingga 2013.

Antara penyumbang pendapatannya itu ialah katalog muzik Mijac, jualan rakaman muzik dan sebahagian empayar penerbitan Sony/ATV yang membabitkan hak cipta muzik bintang terkemuka.

Presley menduduki tempat kedua dengan pendapatan sebanyak AS$55 juta (RM173 juta), diikuti Schulz di tangga ketiga untuk tahun ketiga berturut-turut dengan pendapatan AS$37 juta (RM116 juta).

-Reuters

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon