Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:
1.Kenduri arwah
Yang Kita Lakukan; Amalan kenduri arwah dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian, 3 malam berturut-turut dan malam ke7.
Sepatutnya; Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
2. Bersalaman
Yang Kita Lakukan; Kalau kita ke kenduri kahwin, kita selalu salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit segan nak pergi makan kenduri.
Sepatutnya; Kalau menziarah orang mati, tidak segan salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarahi keluarga si matilah kita patut memberi sedekah.
3. Pemakaian
Yang Kita Lakukan; Ketika menghadiri majlis pemimpin negara atau anugerah kita berpakaian cantik kemas dan segak.
Sepatutnya; Ketika mengadap Allah baik di rumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan kadang-kadang ada yang tak berbaju.
4. Menjadi tetamu
Yang kita lakukan; Kita rasa segan nak makan sampai habis kerana malu dan nak jaga kelakuan diri.
Sepatutnya; Sedangkan yang dituntut, dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Solat sunat
Yang kita lakukan; Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas.
Sepatutnya; Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Kenduri sempena haji
Yang kita lakukan; Kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.
Sepatutnya; Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.
7. Kerisauan ibu bapa
Yang kita lakukan; Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah kekelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Kita juga sanggup berbelanja besar untuk bayar yuran tuisyen siap ambil dan hantar anak setiap hari.
Sepatutnya; Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Sekadar RM15 sebulan, tapi..
8. Keluar rumah
Yang kita lakukan; Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja.
Sepatutnya; Tapi kalau nak kerumah Allah (masjid atau surau) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang.
9. Berhias
Yang kita lakukan; Seorang isteri kalau nak keluar rumah, samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Pakai cantik-cantik, solek sana sini.
Sepatutnya; Tetapi kalau duduk di rumah, masya Allah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain.
10. Foward e-mel
Yang kita lakukan; Kita cukup teruja untuk menghantar sms atau emel dalam bentuk gosip artis kepada kawan-kawan. Walaupun kebanyakan sms, emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah orang lain.
Sepatutnya; Tapi susah sangat nak forward emel-emel peringatan kepada kawan-kawan kita.
BACA INI JUGA: Golongan Yang Mulia Di Dunia Namun Hina Di Akhirat
-Sentiasapanas.com

setuju sangat bro, semua perkara diatas... hihi...masyarakat melayu memang cenggini.. especially yes, kat malaysia ni :)
ReplyDeleteMasyarakat kita terikut-ikut dengan adat. Tu yang banyak amalan diamalkan terbalik..
DeleteBetul jugakkan...dah jadi amalan turun-temurun. Bila tak buat dah jadi janggal..padahal itu yang terbaik..hmm..
ReplyDelete