Monday, September 23, 2013

Pekerja Rumah Urut Warga Vietnam Guna Ubat Rangsang Nafsu Pelanggan


Sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di sekitar Dataran Mentari diserbu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana beroperasi tanpa lesen sejak lima bulan lalu.

Vietnamese beautiful girls
Gambar hiasan.

Pengarah Penguatkuasaan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop berkata, hasil pemantauan yang dijalankan sebelum ini pihaknya mendapati premis berkenaan turut menyediakan pakej seks kepada pelanggan.

Menurut Fauzi, premis berkenaan pernah diserbu beberapa kali dan tindakan sita juga dikenakan namun pemiliknya masih tidak serik.

“Operasi kali ini yang dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan lapan wanita warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai tukang urut di premis berkenaan.

“Kesemua wanita berkenaan didapati menyalahgunakan pas lawatan pelajar. Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya bagi membolehkan siasatan lanjut,” katanya.

Vietnamese beautiful girls
Antara pekerja pusat rumah urut yang ditahan.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai premis berkenaan, Fauzi berkata, tukang urut di situ juga didapati menggunakan produk khas untuk merangsang nafsu pelanggan yang hadir bagi mendapatkan khidmat seks.

Dalam pada itu, pihaknya juga mendapati premis berkenaan aktif menjalankan operasi perjudian siber.

Menurut Fauzi, penguatkuasa MBPJ juga turut menyita dua set komputer yang digunakan untuk aktiviti perjudian siber di dalam premis berkenaan.

Tambahnya, pihaknya akan mengambil tindakan di bawah Akta Undang-undang Pusat Kecantikan dan Kesihatan 2007 atas kesalahan yang dilakukan.

Sumber: Sinar Online

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon