Saturday, September 07, 2013

Misteri Penemuan Istana Purba Nabi Daud


Ahli-ahli arkeologi di Jerusalem telah mendedahkan dua bangunan besar yang sesuai bagi seorang raja iaitu Raja Daud.

Istana Nabi Daud
Gambar hiasan.

Sepanjang tahun lalu, ahli-ahli arkeologi telah menggali tapak yang mereka percaya menjadi bandar Judah dari Shaarayim, di mana Daud memukul Jalut seperti yang dinyatakan dalam Alkitab (Bible).

"Runtuhan itu adalah contoh terbaik setakat ini bandar kubu tertutup Raja Daud," kata profesor Yossi Garfinkel dari Universiti Hebrew dan Saar Ganor, yang mengetuai penggalian.

Dipercayai runtuhan Istana Nabi Daud.

"Ini adalah bukti yang tidak dapat dinafikan kewujudan kuasa pusat di Judah pada zaman Raja Daud."

Shaarayim, sepertimana ia telah dipanggil dalam Alkitab, dianggap sebagai bandar moden Khirbet Qeiyafa.

Garfinkel dan Ganor mengenal pasti satu struktur istana Daud dan lain-lain sebagai stor besar diraja. Itu adalah dua bangunan terbesar yang diketahui telah wujud pada abad kesepuluh SM di Jerusalem.

Pihak Berkuasa Antikuiti Israel atau Israel Antiquities Authority (IAA) memberitahu The Times of Israel yang mereka yakin tapak ini boleh dikaitkan dengan masa pemerintahan Raja Daud.


"Ini adalah satu-satunya tapak di mana bahan organik ditemui, termasuk benih zaitun, yang boleh jadi bertarikh karbon-14," jurucakap IAA iaitu Yoli Schwartz beritahu akhbar itu.

Beratus-ratus artifak telah ditemui di tapak itu termasuk, peralatan batu, bekas tembikar, cop-cop mohor dan objek keagamaan yang tipikal dengan masa tersebut.

IAA berharap dengan penemuan kota biblikal di Khirbet Qeiyafa itu akan membawa kepada pengisytiharan kawasan taman negara untuk orang ramai datang dan belajar tentang kerajaan Daud.

Istana Nabi Daud
Gambar dari udara apa yang ahli-ahli arkeologi katakan
 istana Raja Daud dan rumah ladang Byzantine.

Benar atau tidak , wallahu a'lam. Tetapi kita boleh ikuti kajian-kajian mereka dengan berhati-hati. Selagi tidak bercanggah dengan aqidah, masih boleh dipertimbangkan.

BACA INI JUGA: Kisah Istana Edinburg Scotland Yang Berhantu

[Sumber]

1 comment

  1. Assalammualaikum... sentiasa panas,

    kita boleh ambil tahu... ambil pengetahuan... xper, oklah... janji kita taksub .. janganlah kan... suka visit sini..

    mselim3

    pls: sorry sentiasa panas kalau mselim3 x selalu visit sini..tp mselim3 sentiasa ingat kat kekawan...cuma masa aje mencemburui...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon