Saturday, September 28, 2013

Mangsa Rogol Dipaksa Bogel


Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, dipaksa berbogel di balai polis bagi membuktikan bahawa dia telah dirogol, ketika gadis berkenaan mahu membuat laporan berhubung jenayah tersebut.

Rogol

Mangsa didakwa dipaksa berbuat demikian ibu bapanya gagal membayar wang sebanyak 50,000 rupee kepada anggota polis terbabit.

Selepas gagal memenuhi tuntutan berkenaan, anggota polis itu meminta remaja itu masuk ke dalam bilik dan menguncinya dari dalam serta meminta gadis itu berbogel.

“Dia bawa saya ke dalam bilik dan menutup pintu, selepas itu meminta saya membuka baju,’’ kata gadis itu.

Menurut Times Of India, budak itu diarahkan berbuat demikian bagi menyakinkan anggota polis terbabit bahawa dakwaannya bahawa dia dirogol adalah benar dan bukan satu pembohongan.

Kejadian tersebut berlaku pada Sabtu lalu dan ketika dipaksa berbuat demikian, ibu bapa budak tersebut turut menemaninya di balai tersebut.

Susulan dakwaan tersebut, suspek kes berkenaan berjaya ditangkap sementara anggota polis itu pula disiasat.

Kes rogol dan serangan seksual semakin meningkat di India dan ia merupakan satu masalah serius.

Malah Biro Jenayah Kebangsaan di India melaporkan setiap 20 minit, seorang wanita di India dirogol.

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon