Friday, September 06, 2013

Luarbiasa! Remaja Yang Mampu Menerbangkan Pesawat


Evan Graham nampaknya mempunyai cara yang istimewa untuk menyambut hari lahirnya yang ke 16 pada tahun 2009 yang lalu.

Youngest solo pilot to fly five different aircrafts - Evan Graham

Dia telah meraikannya dengan menerbangkan lima buah pesawat yang berbeza iaitu sebuah vintaj WWII L-4 Piper Club, sebuah helikopter R-22 Robinson, sebuah cessna 150 Aerobat, sebuah Robinson 44 Raven II dan sebuah Cessna 150-150 model 1965 menjadikan dia sebagai juruterbang termuda di dunia yang berupaya menerbangkan lima pesawat yang berlainan.

Dengan bantuan 3 orang pengajar penerbangan, Evan telah menghabiskan masa lebih 2 jam untuk melakukan aksi yang telah mencatat rekod dunia tersebut.

Budak lima tahun berjaya terbangkan pesawat ringan

Duoduo

Seorang budak lelaki berusia lima tahun di China menjadi individu paling muda di dunia yang berjaya menerbangkan sebuah pesawat ringan.

He Yide atau nama gelarannya Duoduo, menamatkan penerbangan selama 35 minit di Taman Hidupan Liar Beijing pada Sabtu lalu.

Bapanya,He Liesheng membayar sebanyak 30,000 yuan untuk kelas penerbangan dan dia kini mahu mendapatkan pengiktirafan daripada Guinness Book of Records

He Liesheng yang menggelar dirinya sebagai ‘Eagle Dad’ telah menjadi liputan media pada tahun lepas selepas dia memaksa anaknya melakukan tekan tubi dalam cuaca sejuk bersalji di New York.

Dia yang terkenal dengan sikap tegas itu menulis dalam twitternya `Penerbangan pertama (Duoduo) amat berjaya dan dia tidak takut langsung’’.

Biarpun ada seorang penyelia bersama dalam pesawat itu, namun dia hanya memantau bagaimana Duoduo menerbangkan pesawat tersebut.

Duoduo sebelum ini menerima latihan yang keras daripada bapanya itu selepas dia dilahirkan tidak matang.

Tahun lepas, He Liesheng dan dua anaknya terpaksa diselamatkan dari Gunung Fuji di Jepun akibat cuaca buruk, selepas mereka tidak mengendahkan amaran yang diberikan.

Ketika itu, mereka hanya membawa bekalan coklat dan air kerana menyangka terdapat laluan pintas ke gunung berkenaan.

Mereka juga tidak membawa baju tahan sejuk menyebabkan anak-beranak tersebut kesejukan.

-Sentiasapanas.com


Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon