Pelancaran dua model baharu iPhone bermula di Asia semalam tetapi aduan mengenai harga tinggi dan ketiadaan pakatan baharu untuk pasaran China mengancam menjejaskan gajet keluaran Apple itu.
Dua model baharu yang pernah dilabel sebagai raja telefon pintar itu, dipasarkan menerusi perjanjian bersama syarikat telekomunikasi terbesar Jepun tetapi tanpa sebarang perkongsian baharu di China.
Sebahagian pemerhati berkata, kedua-dua faktor tersebut di samping harganya tinggi untuk model murah, iPhone 5C, menyebabkan pelancaran kali ini agak suram.
Pelancaran berkembar itu bermula di Australia dengan kedai-kedai membuka pintu mereka kepada orang ramai pada pukul 8 pagi (waktu tempatan) kelmarin.
Jimmy Gunawan, 33, terkejut apabila menjadi orang pertama yang memasuki kedai Apple di Sydney selepas menunggu selama 20 jam.
"Pada tahun lalu, saya tiba di sini pada masa yang sama tetapi telah ada 20 orang di hadapan saya," kata Gunawan yang bekerja sebagai pereka grafik.
Di ibu negara Jepun, di sini peminat-peminat tegar mula beratur sejak minggu lalu malah, tidak berganjak semasa negara itu dibadai taufan pada Ahad lepas.
Mereka berbuat demikian kerana mahu menjadi antara orang pertama memiliki telefon baharu tersebut.
Menjelang kedai dibuka, barisan sepanjang satu kilometer kelihatan di sebuah gedung Apple di sini.
Model iPhone 5S dan 5C ditawar secara percuma oleh pembekal telekomunikasi, NTT DoCoMo dengan kontrak selama dua tahun.
Namun, di beberapa tempat lain, ramai pembeli menganggap harga gajet tersebut agak mahal.
"Wow, harga 1,129 dolar Australia (RM3,493) untuk iPhone 5S di sini. Ia tidak munasabah," kata seorang pengguna Tweeter, Hutchison merujuk kepada model 5S 64GB yang dilengkapi pemprosesan lebih pantas dan sensor cap jari.
Seorang lagi pengguna Tweeter, David Smith berkata, model 5C yang lebih murah pula dijual pada harga 740 dolar Australia (RM2,245) di negara tersebut.
"Patutlah telefon pintar dengan perisian Android kini popular," katanya.
Di China, ramai penganalisis turut menyifatkan harga dua telefon pintar baharu itu sebagai terlalu mahal.
"Harganya tidak berbaloi," kata penganalisis firma iResearch, Wang Ying yan beribu pejabat di Beijing.
Menurutnya, banyak telefon pintar keluaran domestik dijual pada harga semurah 100 yuan (RM53) di negara tembok besar itu. -AFP
iPhone 5S
Telefon pintar iPhone 5S – didatangkan dalam tiga pilihan warna, iaitu emas, putih (silver) dan juga kelabu.
iPhone 5S menjadi telefon pintar pertama yang menyertakan cip pemprosesan berasaskan 64-bit melalui cip A7 daripada Apple. Dengan penggunaan cip A7 ini, ia membawakan kuasa pemprosesan 2 kali lebih pantas berbanding sebelumnya, termasuk sokongan grafik 2 kali lebih laju.
Disamping cip A7, pihak Apple juga turut sama menambah sebuah cip baru dipanggil sebagai M7, iaitu sebuah “motion processor”. Melaluinya, ia membolehkan cip khas ini memproses data berkaitan accelerometer, gerakan dan sebagainya. Apple mengatakan ia membolehkan peranti mengetahui gerakan anda, sekaligus amat berguna untuk aplikasi berbentuk sukan dan kesihatan.
Apple juga turut mengatakan mereka memberikan perhatian yang amat baik untuk jangka hayat bateri, dimana kini ia bertahan lebih lama berbanding iPhone 5 sebelum ini.
Melalui iPhone 5S, Apple juga turut memberikan perhatian kepada bahagian kamera mereka, dimana kini ia menyertakan sokongan kamera 8-megapixel iSight bersama-sama aperture f/2.2 yang lebih besar, dan mengatakan sensor mereka mempunyai 1.5 mikron pixel untuk rakaman pada keadaan gelap dengan lebih baik.
iPhone 5S juga menyertakan dua LED untuk flash – satu berwarna putih dan satu lagi amber, membolehkan ia menganalisa dan menggunakan pencahayaan yang baik bersesuaian dengan keadaan sekeliling. Apple turut mengatakan iPhone 5 menyertakan sokongan penstabilan imej automatik, dan merakamkan beberapa gambar pada suatu masa, dan kemudian mengabungkan bahagian yang jelas dan tajam untuk sesuatu gambar.
Sokongan mod burst turut disertakan, membolehkan pengguna merakamkan sehingga 10 rakaman dalam sesaat.
Satu lagi fungsi baru yang disertakan adalah SloMo, membolehkan pengguna merakamkan video HD (720p) pada kadar 120fps.
Dan akhir sekali, seperti diura-ura akan sebelum ini, iPhone 5S turut sama menyertakan sokongan pengimbas cap jari, dinamakan sebagai TouchID.
Sensor TouchID ini akan terbina pada butang Home, dimana pengguna boleh unlock telefon mereka dengan menyentuhnya. Menggunakannya juga, pengguna boleh melakukan pembelian melalui iTunes tanpa perlu memasukkan kata laluan seperti sebelumnya.
Apple mengatakan ia boleh menyimpan data untuk beberapa jari, selain mana sistem pengimbas bertambah baik dengan kegunaan yang kerap.
Secara keseluruhannya, pihak Apple dilihat memfokuskan kepada tiga perkara utama yang didatangkan dengan iPhone 5S, iaitu cip pemprosesan A7 berasaskan 64-bit, sokongan kamera lebih baik, dan juga pengimbas cap jari dinamakan TouchID.
iPhone 5S mula ditawarkan di beberapa negara bermula minggu ini (20 September) dan dijangka akan dijual di lebih 100 buah negara menjelang bulan Disember. [Sumber]
-Sentiasapanas.com
Orang ramai berbaris untuk membeli iPhone 5C dan
iPhone 5S di luar sebuah kedai Apple di Tokyo.