Tuesday, September 24, 2013

Dulu Pelacur Kontroversi Kini Zahia Dehar Pereka Fesyen Terkenal!


Seorang gadis berketurunan Algeria, Zahia Dehar kini menjadi pereka pakaian dalam yang terkenal di Perancis selepas namanya dikaitkan dengan skandal pelacuran di negara itu.

Zahia Dehar
Zahia Dehar.

Empat tahun lalu, namanya menjadi popular selepas dua pemain skuad bola sepak Perancis, Frank Ribery dan Karim Benzema dituduh membuat bayaran kepadanya untuk tujuan seks.

Ketika itu, umur Dehar hanya 16 tahun.

Gadis itu dilahirkan di sebuah bandar kecil di Algeria dan berpindah ke Perancis semasa berumur 10 tahun bersama seorang adik lelaki dan ibunya.

Menurut fail polis, Dehar mula bekerja sebagai seorang pelacur pada Mac 2008.

Dia dilaporkan memperoleh pendapatan lebih AS$32,000 (RM101,254) sebulan kerana tidur bersama beberapa pelanggannya yang kaya.

Pada tahun 2010, dia disoal siasat polis yang melakukan serbuan di sebuah kafe yang menjadi pusat pelacuran di Champs Elysee, Paris.

Namun, dia kini merupakan salah seorang pereka pakaian dalam yang terkenal sehingga menyebabkan pereka fesyen terkemuka, Karl Lagerfeld turut menjadi salah seorang peminatnya.

Ketika diwawancara majalah W baru-baru ini, Dehar menceritakan perubahan yang berlaku dalam kehidupannya selepas kisah hitam dirinya disiarkan media.

"Saya hanya menangis pada setiap hari. Apakah yang terjadi dalam hidup saya?" kata Dehar ketika menceritakan kisah hitamnya selepas disoal siasat polis itu.

Menurutnya, dia tidak akan dapat memperoleh pekerjaan lain kerana kisah silamnya.

Namun, kata Dehar, dia kemudian terfikir mahu menjadi seorang pereka fesyen dengan mengambil kesempatan terhadap namanya yang telah dikenali ramai akibat peristiwa tersebut.

Dia mengupah seorang peguam dan mendapatkan sokongan kewangan yang berpangkalan di Hong Kong untuk membantunya menjadi pereka fesyen pakaian dalam.

Koleksi fesyen ciptaannya kemudian dilancarkan pada Minggu Pakaian Paris di Paris pada Januari 2012.

Zahia Dehar
Antara fesyen rekaan Zahia Dehar.

Pelbagai kritikan yang diperolehnya daripada beberapa pereka fesyen berhubung pakaian dalam yang dihasilkannya.

Pada Januari tahun ini, beberapa koleksi pakaian dalamnya juga diperagakan model-model di depan penonton sempena Pertunjukan Fesyen Musim Panas dan Bunga di Paris.

Sebuah butiknya di Paris kini menerima kunjungan pelanggan untuk melihat rekaan fesyen yang telah diciptanya. Terdapat juga pengunjung yang menempah pakaian dalam rekaannya.

Dia berkata kepada wartawan majalah tersebut bahawa impiannya sejak dari kecil lagi adalah untuk menjadi seorang pereka fesyen akhirnya tercapai.

Dehar berkata, dia kini masih tidak mempunyai kekasih.

Rekaan pakaian dalam Dehar itu juga dilaporkan akan dijual di Amerika Syarikat (AS) buat pertama kalinya menerusi sebuah butik di negara tersebut.

BACA INI JUGA: 10 Bahasa Tubuh Wanita Yang Membuat Lelaki Tergoda

Sumber: Kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon