Sunday, September 29, 2013

Cendawan Chaga Mampu Merawat AIDS?


Satu lagi penemuan baru bagi merawat penyakit Aids ditemui saintis Rusia menggunakan cendawan Chaga yang tumbuh di Serbia.

Chaga and AIDS
Cendawan Chaga.

Menurut saintis dari Institut Vector di Novosibirsk, spesies cendawan tumbuh di pokok birch itu menunjukkan reaksi positif untuk digunakan dalam perubatan antiretroviral berbanding dua jenis cendawan lain yang turut digunakan dalam kajian sama.

"Terikan yang terdapat pada cendawan ini menunjukkan tahap toksik yang rendah dan kesan anti virus yang kuat, selain berkesan menghalang influenza, penyakit cacar dan HIV," katanya dalam satu kenyataan, dipetik dari Daily Mail.

Chaga atau nama saintifiknya Inonotus obliquus dianggap mengandungi asid betulinic yang mempunyai ciri antiretroviral dan anti radang serta telah digunakan oleh pengamal perubatan tradisional di Serbia sejak berabad.

Berbeza dengan spesies cendawan lain yang biasanya lembut, Chaga adalah keras seperti kayu dan ditemui di habitat sejuk seperti Rusia, Eropah Timur, Amerika Syarikat dan Kanada.

Sesetengah daripada mereka juga percaya, cendawan itu boleh merawat penyakit kanser.

Namun, masih tiada ujian klinikal yang mampu membuktikannya, menurut pakar Pusat Kanser Memorial Sloan-Kettering di New York.

Sumber: Utusan

1 comment

  1. Assalammualaikum...sentiasa panas,

    kalau kajian nie betul bagus... jgn ada kesan sampingan dah..hehehe

    mselim3

    pls: visit sini.. mselim3 selalu ikuti perkembangan blog nie.. tgk tajuk gak nak komen,, senang visit sini.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon