Dalam bidang perubatan, onani masih dianggap sebagai perkara yang wajar atau normal. Menurut satu kajian, antara 70-90% orang melakukan onani.
Secara perubatan, tiada panduan khusus tentang kekerapan normal melakukan onani.
Onani hanya akan dianggap sebagai gangguan kesihatan (tidak normal) apabila ia menjadi penghalang dalam hubungan seksual dengan pasangan (jika onani mengakibatkan seseorang kehilangan nafsu seks terhadap pasangan seksualnya).
Atau, onani yang sengaja dilakukan di hadapan umum atau apabila onani menyebabkan tekanan psikologi yang berlebihan kepada diri seseorang.
Sebilangan budaya, tradisi, kepercayaan atau agama menganggap onani sebagai salah atau berdosa. Hal ini mungkin mencetuskan perasaan bersalah setelah melakukan onani.
Dalam bidang perubatan, kesan positif atau negatif akibat melakukan onani adalah sama dengan kesan aktiviti hubungan seksual biasa.
Walau bagaimanapun, onani dianggap lebih selamat daripada risiko penularan penyakit seksual.
Secara psikologi, keinginan seksual yang berlebihan dapat diatasi dengan menyalurkan keinginan itu terhadap perkara-perkara kreatif dan berkaitan dengan bidang kesenian seperti menyanyi atau bermain alat muzik, merakam gambar atau melukis, serta menulis.
Senaman untuk menenangkan diri seperti meditasi atau yoga juga dapat membantu mengatasi masalah keinginan seksual yang berlebihan.
BACA INI JUGA: Wanita Islam Umpama Gula-gula!
[Sumber]
Gambar hiasan.