Seorang wanita New Zealand memandu kereta sambil tidur sejauh 300 kilometer dan sempat mengirim sms dari telefon bimbitnya.
Polis berkata, mereka menerima panggilan kecemasan sejurus tengah malam semalam dari seorang rakan wanita tersebut yang bimbang setelah melihat dia memandu keretanya selepas meminum ubat tidur.
Rakannya berkata, 10 bulan yang lalu, wanita tersebut pernah memandu kereta ketika tidur dan amat menyukai pantai.
Polis segera mengarahkan kereta peronda mencari kereta 'hatchback' berwarna perak dan mula menjejakinya menerusi telefon bimbit wanita itu.
Data komunikasi menunjukkan bahawa telefon bimbit wanita itu hidup dan dia sedang menghantar mesej pendek sambil memandu dari rumahnya di kawasan Hamilton ke bandar tepi pantai di Mount Maunganui sejauh 300 kilometer dari Auckland.
Selepas lima jam di atas jalan, polis menemui wanita itu tertidur di atas stereng kereta, di jalan masuk kesebuah rumah yang pernah didiaminya, tanpa sebarang ingatan mengenai perjalanannya.
"Kami sudah memohon perintah segera untuk melarangnya memandu dan mendapatkan nasihat perubatan mengenai kewajarannya untuk terus memegang lesen memandu," kata Sarjan Kanan, Dave Litton. -AFP