Saturday, August 10, 2013

Siapa Sangka Si Cilik Penghibur Jalanan Kini Penyanyi Terkenal


Kisah penyanyi jalanan dari negara seberang ini umpama ‘magis’ dan amat mengharukan. Seperti kita sedia maklum, sangat ramai kanak-kanak di Indonesia mencari wang saku atau belanja makan dengan cara mengamen iaitu menyanyi dan bermain muzik di jalanan.


Bagaimanapun, permata yang jatuh ke lumpur akan tetap bersinar. Itulah ibaratnya apabila tindakan seorang lelaki memuatnaik nyanyian seorang kanak-kanak pengamen dari Subang, Jawa Barat, Indonesia mendapat perhatian ramai orang hingga mencatat rating view yang sangat tinggi (kini mendapat like lebih 7.7 juta orang).

Anak kecil bersuara emas itu adalah Tegar, 11, yang hidup serba kekurangan hingga terpaksa melepaskan zaman persekolahan demi sesuap nasi. Ibu Tegar juga seorang pengamen di stesen keretapi Pegaden, manakala bapa tirinya cuma buruh. Mereka tinggal di sebuah rumah petak berukuran sekitar 4×6 meter sahaja bersama tiga lagi adiknya yang masih kecil-kecil.

Tegar mula menyanyi sejak empat tahun dan mula mengamen pada usia tujuh tahun. Walaupun masih muda, Tegar sudah pandai mencipta beberapa lagu, antaranya Temanku Ini Mabuk Cinta yang sering dinyanyikannya ketika mengamen.

Setelah klip video dia mengamen mendapat sambutan hangat, Tegar dibawa seorang lelaki bernama Alfas Hermansyah menyertai pertandingan Kompetisi XL. Seperti dijangka Tegar meraih kemenangan lalu berjaya memasuki studio rakaman sekaligus bergelar penyanyi terkenal pada hari ini.



Inilah video yang mengubah nasib seorang anak cilik yang asalnya tak punya apa-apa, tapi sekarang sudah mampu memiliki iPad, motosikal lasak dan macam-macam lagi.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon