Tuesday, August 20, 2013

Saya Rela Masuk Neraka Demi Manusia Lain!


Info Agama. Pada suatu hari, Nabi Musa AS sedang berjalan-jalan melihat keadaan umatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah.

Gambar hiasan

Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, "Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Syurga-Nya? Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah".

Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu. Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana umatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak.

Allah SWT berfirman, “Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam”.

Nabi Musa AS kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya.

Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya.

Dia berfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya, rakan-rakannya dan orang lain yang baru beribadah selama 200-300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya. Di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat.

Keesokan harinya dia berjumpa lagi dengan Nabi Musa AS. Dia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS, “Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku ada satu permintaan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya”.

Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, “Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada umatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di Syurgaku yang paling tinggi”.

[Sumber][Edited by SP]

*Kepada para pembaca sekalian, adakah anda faham maksud tersirat dari kisah ini?

4 comments

  1. Beliau snggup mgorbankan dirinya demi kebaikan orang lain...MasyaAllah

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...sentiasa panas,

    cerita macam best,, rela berkorban demi orang lain...Allahhuakbar..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam tuan Selim, kalaulah ada ramai ummat yang rela berkorban 'harta dan nyawa' di Malaysia.. :(

      Delete
  3. Maksudnya ibadah sehabis masa pun klu tidak pernah berkorban tiada guna.Berkorban itu juga salah satu tiang iman..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon