Seorang budak lelaki menyalakan empat batang lilin di dalam sebuah bilik yang gelap.
Lalu, terdengarlah lilin pertama bersuara: "Namaku DAMAI. Sayangnya manusia tidak mahu menjagaku. Mereka lebih suka huru-hara, menggangu kedamaian. Lebih baik aku mati daripada terus memberikan sinar". Lalu padamlah lilin pertama itu.
Kemudian, lilin kedua pula menyambung: "Namaku IMAN. Sayangnya, tidak ramai manusia mahu mengenaliku. Hiburan duniawi lebih berguna daripadaku. Apalah gunaya aku terus menyala". Dan padamlah lilin kedua itu.
Lilin ketiga pula menyambung perbualan: "Namaku CINTA. Tapi, manusia tidak menganggapku berguna. Mereka saling membenci walaupun darah daging sendiri. Tiada gunanya aku terus menyala". Padamlah lilin ketiga itu.
Budak lelaki itu ketakutan, lalu menangis.
"Apa yang sudah terjadi? Mengapa hanya satu yang menyala? Aku tak mahu begini. Aku takut kegelapan. Sebatang lilin tidak cukup untuk menerangi bilik gelap ini," ujarnya tersedu-sedu.
Melihat budak lelaki itu yang ketakutan, lilin keempat pun bersuara: "Jangan takut. Selama aku ada, kau tetap mampu menyalakan ketiga-tiga lilin tadi walau sebanyak mana ia padam".
"Siapa engkau?", tanya budak itu.
"Akulah HARAPAN..." jawab lilin keempat.
Budak itu berhenti menangis. Diambilnya lilin keempat lalu dicucuhkan untuk menyalakan ketiga-tiga lilin yang telah mati tadi.
Bilik itu terang-benderang semula. Budak itu tersenyum.
HARAPAN tidak pernah mati, sebaliknya ia mengembalikan semula cahaya yang telah hilang.
BACA INI JUGA: Jangan Cuba Menggapai Perkara Yang Tidak Pasti
-Sentiasapanas.com