Tiga penyelidik menunjukkan bagaimana sebuah pengecas boleh digunakan untuk menggodam iPhone atau iPad dalam masa tidak sampai 60 saat.
Pendedahan itu tentu membimbangkan pengguna iPhone dan iPad dan ditunjukkan dalam konvensyen tahunan Black Hat membabitkan 7,000 penggodam dan pakar keselamatan yang membincangkan teknik godam terbaru.
Penyelidik di Institut Teknologi Georgia, Billy Lau dan pelajar, Yeongjin Jang dan Chengyu Song menunjukkan bagaimana pengecas itu iaitu komputer mikro menggodam menggunakan perisian Linux Beagleboard.
Komputer mikro itu hampir sama dengan komputer mikro Raspberry Pi buatan United Kingdom yang boleh bertindak sebagai penggodam.
Alat pengecas boleh diletakkan di kawasan terbuka tanpa menimbulkan rasa syak wasangka mangsa.
Ketika menunjukkan caranya, penyelidik menggunakan Facebook app sebagai contoh bagaimana ia boleh digodam.
Apabila pengecas dihidupkan dan pengguna memasukkan kod PIN, pengecas secara diam-diam membuang Facebook app rasmi dan menggantikannya dengan sesuatu yang kelihatan hampir sama.
Penggantinya sebenarnya adalah satu virus dan apabila dilancarkan telefon atau tablet berkenaan mudah digodam.
Virus atau malware berkenaan boleh digunakan untuk mengambil kata kunci, mengakses nombor, mesej dan membuat panggilan.
Apple sudah mengeluarkan maklum balas kepada pendedahan itu dengan mengatakan ia akan mewujudkan aplikasi melawan virus itu menjelang musim bunga tahun ini.
Kami mengucapkan terima kasih kepada penyelidik terbabit atas pandangan mereka yang banyak membantu pihak kami, kata jurucakap Apple, Tom Neumayr.
Bagaimanapun, sebelum masalah itu selesai, semua iPhone dan iPad terdedah kepada serangan penggodam.
Pengecas itu digelar Mactan merujuk kepada labah-labah Southern black yang nama saintifiknya adalah Latrodectus mactans.
-Agensi