Dalam satu perbualan dengan seorang profesor, beliau menyebut satu teori yang dinamakannya ‘teori porak-peranda’ dengan mengaitkan kekecohan yang dilakukan pembangkang di negara ini.
Sebenarnya setakat ini belum ada ‘teori porak-peranda’ atau ‘teori kecoh’ dalam bidang sains sosial. Paling dekat pun ialah teori huru-hara atau dalam bahasa Inggeris ‘chaos theory’. Cuma, ‘chaos theory’ ini adalah satu bidang pengajian Matematik yang juga digunakan dalam beberapa disiplin lain termasuk fizik, kejuruteraan, ekonomi dan biologi.
Mengikut teori ini, jika berlaku kesilapan, walaupun untuk membulatkan angka, ia boleh menyebabkan kesilapan yang berlarutan.
Profesor itu menyarankan satu kajian sains sosial dilakukan untuk mengkaji sikap dan tingkah laku masyarakat atau kumpulan yang boleh menghasilkan ‘teori porak-peranda’.
Jika ‘chaos theory’ mengkaji sikap sistem dinamik yang begitu sensitif kepada satu keadaan yang berlaku pada peringkat permulaan, tentunya ia boleh disesuaikan dengan ‘teori porak-peranda’ yang dicadangkan profesor itu.
Teori porak-peranda mungkin boleh ditakrifkan sebagai satu kajian untuk mengkaji sikap sistem dinamik yang begitu sensitif kepada persekitaran politik yang sengaja diadakan-adakan untuk menimbulkan suasana tidak harmoni di dalam masyarakat.
Bagi menghasilkan teori ini, ia boleh dimulakan dengan mengambil kira hasil siasatan Panel Penasihat Bebas bagi menyiasat Perhimpunan Bersih 3.0.
Penemuan paling jelas seperti dinyatakan pengerusi panel itu, Tun Haniff Omar ialah pihaknya tidak mendapat kerjasama daripada ‘pelakon utama’ perhimpunan itu.
Selain mengambil bahagian dalam perhimpunan, tindakan mereka tidak memberi kerjasama untuk membolehkan panel itu mendapatkan maklumat berkaitan perhimpunan itu adalah ciri porak-peranda yang mereka ditonjolkan.
Tuduhan mereka lemparkan kepada pihak berkuasa yang menjaga ketenteraman awam ketika perhimpunan itu diadakan juga, ada tindakan memporakperandakan keadaan dan keharmonian dilakukan pembangkang.
Mereka lebih suka pihak berkuasa mentakrifkan perhimpunan yang mereka anjurkan sebagai haram kerana ia lebih kontroversi.
Dalam mana-mana masyarakat sekali pun, memang ada sekelompok manusia yang sering melakukan tindakan menongkah arus atas alasan tertentu.
Mengapa mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan itu memerlukan satu jawapan yang jelas. Adakah naluri mereka sememangnya terdorong untuk melakukan porak-peranda dalam masyarakat atau terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu atau mereka dibayar untuk melakukan tindakan itu.
Apakah mereka mungkin berbuat demikian kerana ramai rakan sebaya turut serta tanpa mengetahui mengapa mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan seperti itu.
Untuk menimbulkan keadaan tidak stabil, pihak menganjurkan perhimpunan ini memerlukan sokongan paling maksimum dan isu yang menarik mesti dicipta berterusan untuk menghidupkan motif penganjuran perhimpunan.
Itulah sebabnya media memihak kepada pembangkang menonjolkan gambar yang sering memaparkan ramai pengikut dan menafikan angka yang diberikan pihak berkuasa.
Bagi mereka, bilangan orang yang terbabit dalam perhimpunan yang mereka anjurkan diterjemah kepada sokongan yang mereka dapati.
Ia tidak semestinya benar kerana ramai juga yang ada dalam perhimpunan mereka sekadar mahu mendengar atau golongan atas pagar.
Mereka juga akan menimbulkan suasana tegang mendorong pihak berkuasa bertindak memporakperandakan suasana.
Secara keseluruhannya, rakyat Malaysia cintakan keamanan dan keharmonian. Malangnya, ada juga golongan melakukan perbuatan atau tindakan yang bertentangan dengan kehendak dan inspirasi umum dengan menimbulkan porak-peranda.
Untuk melakukan kekecohan, golongan ini mencari isu yang boleh memporakperandakan keadaan meskipun sedar keadaan sebenarnya tidak seperti yang mereka gambarkan.

Jika diambil kira sejak awal 2000 hingga sekarang, sudah berpuluh atau ratusan perhimpunan dan demonstrasi yang mereka adakan di merata tempat, berterusan tanpa jemu. Ada yang berskala besar dan ada juga yang dihadiri hanya puluhan pengikut mereka. Bila ada saja isu yang boleh mereka jadikan bantahan, mereka akan anjurkan perhimpunan.
Sememangnya, untuk mewujudkan teori porak-peranda ini, tempoh memainkan peranan amat penting. Itulah sebabnya mereka cuba sedaya upaya memanjangkan suasana kecoh di negara ini dengan menganjurkan satu demi satu perhimpunan. Jika berhenti, mereka bimbang dianggap sebagai hangat-hangat tahi ayam dan pengikut mereka akan lari.
Untuk menganjurkan perhimpunan, mereka memerlukan dana. Tidak ada pihak mahu datang ke perhimpunan seperti itu tanpa dibayar. Mengikut piawaian antarabangsa, tidak ada sebab rakyat mengadakan perhimpunan.
Selepas pilihan raya umum berlalu dua bulan, urusan kerajaan berjalan lancar. Rakyat keluar bekerja seperti biasa dan tidak ada apa-apa yang boleh ditakrif sebagai perkara buruk berlaku di negara ini. Malangnya, disebabkan keadaan negara ini aman dan makmurlah, mereka yang dianggap sebagai makhluk yang memporakperandakan keadaan negara ini, tidak berdiam diri.
Mereka mengatur gerakan mengadakan perhimpunan semata-mata untuk menggambarkan keadaan negara ini tidak stabil. Untuk memporak perandakan keadaan, mereka perlu melanggar undang-undang. Malah, ada yang lebih suka ditangkap pihak berkuasa supaya mereka boleh membuat kecoh.
Mereka tahu bukan mudah mendapatkan permit penganjuran perhimpunan seperti itu tanpa matlamat jelas. Sebenarnya, mereka mengharapkan pihak berkuasa khasnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak permohonan untuk memudahkan mereka menuduh polis pilih kasih dan melanggar hak asasi rakyat.
Bagaimana pula dengan hak rakyat yang tidak mahu kehidupan diganggu dengan perhimpunan seperti itu. Begitu juga, majoriti rakyat tidak setuju perhimpunan seperti itu dianjurkan. Begitu juga dari segi lokasi perhimpunan yang sering dijadikan isu.
Biasanya, mereka memohon lokasi yang mereka tahu tidak akan diluluskan. Dengan cara ini, sekali lagi mereka mendapat publisiti murahan.
Ketika dalam perhimpunan, bila berlaku tindakan keganasan, mereka akan menyalahkan pihak berkuasa.
Itulah sebabnya panel itu ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan keganasan polis dalam Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April tahun lalu.
[Sumber]

susah nak cakap tepuk dada tanyalah hati
ReplyDelete