Wednesday, July 03, 2013

Kaitan Yahudi Dan Pembangkang Malaysia Bukan Sekadar Mitos


Pendedahan mantan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla bahawa perhimpunan haram Blackout 505 yang diadakan diseluruh negara anjuran pembangkang adalah di biayai oleh dana asing.


Sememangnya telah lama diperkatakan bahawa Anwar adalah seorang agen kuasa asing yang bekerja untuk paksi Zionis-Kristian-Yahudi bagi tujuan melemahkan Islam serta menghancurkan kuasa politik bangsa Melayu.

Apa yang dibongkarkan oleh Jusuf kepada media adalah pengesahan kepada segala dakwaan talibarut Yahudi terhadap Ketua Pembangkang itu sebelum ini.

Sehingga kini Anwar terkelu lidahnya untuk menjawab dakwaan sahabatnya dari Indonesia itu ataupun apa yang dikatakan tersangatlah sebenar sehingga beliau tidak berani memberi respons sepatah pun.

Perhimpunan Blackout 505 yang dianjurkan Anwar bermula seminggu selepas beliau kalah dalam Pilihan Raya Umumn ke-13 bukanlah suatu tindakan spontan oleh penyokong pembangkang yang tidak berpuas hati terhadap keputusan yang memihak Barisan Nasional.

Dalam mana-mana pertandingan adalah lumrah pihak yang kalah kadangkala payah untuk menerima realiti kekalahan mereka.

Dalam PRU13, penyokong pembangkang yang kecundang kepada BN mungkin akan meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dalam bentuk demonstrasi kecilan secara terasing di beberapa tempat.

Tetapi mengumpulkan ribuan penyokong secara konsisten dan berterusan di seluruh negara sudah tentunya memerlukan persediaan logistik yang besar dan rumit.

Persediaan yang besar atau mega sudah pastinya memerlukan dana dan kos yang besar juga dan di sinilah peranan bantuan kewangan asing yang disebutkan oleh Jusuf itu.

Dana tersebut kata Jusuf datangnya dari beberapa buah negara termasuk Turki, Amerika Syarikat, Filipina serta mungkin juga Thailand dan China.

Turki, Thailand dan Filipina sememangnya diketahui sebagai sekutu kuat Amerika Syarikat sementara China pula membiayai kumpulan anti-Lynas yang ditaja oleh pembangkang.

Dana-dana ini dikatakan disalurkan melalui sebuah syarikat besar masing-masing di Filipina dan Turki yang bertindak sebagai ‘funder’ kepada aktiviti-aktiviti anti-kerajaan anjuran pembangkang.

Satu perkara yang tidak disebut oleh Jusuf ialah peranan Singapura yang menempatkan kedutaan Israel di pulau itu sebagai pemain utama dalam usaha memporak-perandakan keadaan politik Malaysia.

Dalam kes Singapura, parti rasis Dap yang mempunyai rangkaian serta hubungan rapat dengan pimpinan republik itu bertindak bukan sahaja sebagai agen melatih kader-kader parti dari segi politik tetapi juga membantu dalam aspek kewangan dan logistik lain.

Ini boleh dilihat daripada laporan yang menyatakan beberapa syarikat swasta di Singapura menaja puluhan bas ekspres untuk mengangkut pengundi-pengundi Cina ynag bekerja di pulau kembali mengundi di Johor.

Usaha bersepadu ini berlaku ketika pemimpin Dap, Lim Kit Siang membuat keputusan untuk bertanding di kawasan parlimen Gelang Patah dalam rencana parti itu untuk menawan Johor.

Akhirnya Abdul Ghani Othman tewas di tangan Kit Siang serta Dap menambah bilangan kerusi Parlimen dan DUN di negeri itu.

Dengan dana besar yang diperolehi Anwar tidak mustahil pembangkang khususnya PKR dan Dap sekarang sedang menyusun strategi yang lebih mantap bagi menghadapi PRU14.

Sementara itu sepanjang tempoh lina tahun akan datang, pembangkang akan menggunakan dana asing yang besar itu untuk terus menyerang kerajaan BN dengan pelbagai fitnah dan propaganda palsu untuk melemahkan pentadbiran dan menghakis keyakinan rakyat.

Pembangkang juga akan memperkukuhkan pasukan tentera sibernya yang didalangi oleh Red Bean Army di bawah kendalian Dap untuk terus memanipulasi fakta dan menyebar pembohongan di media sosial dan internet.

Perhimpunan Blackout 505 mungkin sudah berakhir tetapi rancangan untuk terus menimbulkan kekacauan sosial akan tetap menjadi agenda utama pembangkang.

Perhimpunan mungkin tidak memakai nama yang sama tetapi akan berselindung di bawah nama yang lain pula namun objektifnya adalah sama.

Bersih mungkin senyap buat seketika tetapi diamnya adalah juga strategi dan bukannya disebabkan sudah kekeringan isu untuk diperjuangkan.

Yang penting ditanya apakah persediaan yang telah dibuat untuk menghadapi cabaran yang maha hebat dan jauh lebih getir pada tahun 2018.

Kejayaan untuk menjamin penerusan dasar pemerintahan BN untuk 50 tahun akan datang bergantung besar kepada sejauh mana rancangan serta agenda pembangkang betul-betul di fahami dan dihayati dalam tempoh lima tahun akan datang.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon