Rasa penat akibat bekerja seharian dan perlukan sedikit waktu rehat? Kini sebuah kafe di kawasan Akasaka, Tokyo telah dibuka untuk memberikan peluang kepada golongan wanita agar dapat berehat dan tidur sekejap disitu dan dikenakan caj-caj tertentu.
Kafe yang dinamakan 'Kafe Tidur Quska' ini menawarkan peluang untuk tidur sebentar kepada para pelanggannya semasa waktu rehat mereka pada hari bekerja dan dikenakan caj lebih kurang USD$1.60 untuk masa selama 10 minit ataupun slot 4 jam untuk USD$33.
Tidur sebentar telah dibuktikan mampu menambahkan daya tumpuan seseorang pada kehidupan seharian.
Sebenarnya telah bertahun-tahun lamanya orang-orang di Jepun digalakkan untuk mengamalkan budaya 'tidur sebentar' semasa waktu bekerja, jadi peluang untuk meluangkan masa tersebut di sebuah kafe yang selesa terutamanya untuk pelanggan wanita sahaja tentulah satu peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh pekerja-pekerja disana.
-SP
Gambar hiasan