Lailatulqadar merupakan salah satu dari malam-malam Ramadan, di mana keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan 1000 bulan.
Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Qadr ayat 1 dan 2 yang bermaksud: Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada malam Lailatulqadar. Tahukah kamu apakah malam al-qadar itu? Malam Lailatulqadar adalah lebih baik dari 1000 bulan.
Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam tersebut dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat tersebut ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi 1000 bulan.
Kebesaran Lailatulqadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertamanya, kerana pada malam tersebut telah diturunkan al-Quran dan keduanya, pada malam tersebut akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas.
Disebutkan sebagai Lailatulqadar kerana pada malam tersebut akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.
Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatulqadar seringkali berlaku perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Tetapi pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam-malam ganjil sesudah hari yang ke-20 Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.
Ini sesuai dengan sebuah hadis Rasulullah daripada Ibnu Umar yang bermaksud: "Sesiapa yang ingin mencari Lailatulqadar hendaklah pada malam ke-27."
Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim adalah bermaksud: Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam-malam ganjil dari 10 malam akhir bulan Ramadan.
Jelas daripada kedua-dua hadis di atas bahawa Lailatulqadar itu hanya berlaku pada satu malam sahaja dari bulan Ramadan, dan ia adalah sebagai suatu perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipatgandakan amal ibadat pada malam-malam akhir Ramadan al-Mubarak ini.
Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatulqadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam tersebut.
Allah SWT sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:
Walau bagaimanapun berkaitan dengan Lailatulqadar, para ulama telah bersepakat mengatakan bahawa terdapat beberapa tanda apabila berlakunya malam tersebut, di antaranya ialah:
Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa di antara tanda malam al-Qadar telah berlaku ialah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk yang putih bersih bagai bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas, di mana tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.
Bagaimanapun pahala ibadat pada malam al-Qadar akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah SWT, biarpun tanda-tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang Ramadan, insya-Allah akan menemui malam yang lebih baik daripada 1000 bulan itu.
BACA INI JUGA: Pemuda Penghuni Syurga, Kisahnya Membuatkan Anda Terpukau
Sumber: Utusan.com.my

- Allah SWT menyembunyikan Lailatulqadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang bulan Ramadan.
- Allah SWT menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada hari Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari tersebut.
- Allah SWT menyembunyikan sembahyang wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu.
- Allah menyembunyikan isim adzam di antara nama-nama-Nya agar kita menyebut kesemua nama-nama-Nya (Asmaul Husna)
- Allah SWT menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita berhenti melakukan apa jua bentuk maksiat.
- Allah SWT menyembunyikan siapa yang menjadi wali di antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin.
- Allah SWT menyembunyikan kedatangan Hari Kiamat supaya kita selalu bersiap sedia.
- Allah SWT menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya.
Walau bagaimanapun berkaitan dengan Lailatulqadar, para ulama telah bersepakat mengatakan bahawa terdapat beberapa tanda apabila berlakunya malam tersebut, di antaranya ialah:
- Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan di langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.
- Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang-benderang walau pun berada dalam kegelapan.
- Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam para malaikat dan tutur kata mereka.
- Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.
Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa di antara tanda malam al-Qadar telah berlaku ialah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk yang putih bersih bagai bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas, di mana tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.
Bagaimanapun pahala ibadat pada malam al-Qadar akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah SWT, biarpun tanda-tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang Ramadan, insya-Allah akan menemui malam yang lebih baik daripada 1000 bulan itu.
BACA INI JUGA: Pemuda Penghuni Syurga, Kisahnya Membuatkan Anda Terpukau
Sumber: Utusan.com.my
terima kasih infonya
ReplyDeletetentang keutamaan malam yang penuh hikmah ini
sangat bermanfaat