Monday, June 24, 2013

Pertandingan Anjing Paling Hodoh Di Dunia


Seekor anjing berkepala besar dan mempunyai kaki seperti itik dinobatkan sebagai pemenang pertandingan anjing paling hodoh di dunia kali ke-25 di Petaluma, California.

Walle
 Walle (WAHL-ee)

Diberi nama Walle (WAHL-ee), anjing baka eagle-Bassett berusia empat tahun dari Chico, California itu berjaya mengalahkan kira-kira 30 ekor anjing yang lain.

"Anjing ini nampaknya seperti telah dicantum daripada beberapa jenis anjing dan binatang lain menggunakan perisian fotoshop," kata seorang juri, Brian Sobel.

Pertandingan yang diadakan di Sonoma-Marin Fairgrounds itu mendapat perhatian meluas media dari seluruh dunia yang sanggup datang ke sini.

Pemilik Walle, Tammie Barbee memberitahu, dia mendapat anjing itu ketika ia berumur tiga tahun.

"Orang kata anjing saya tidak betul tetapi saya sayangkannya," kata Barbee.

Para juri ternyata kagum dengan cara Walle berjalan yang dianggap pelik.

Sebagai juara, Walle membawa pulang wang tunai berjumlah AS$1,500 (RM4,804). Ia juga bakal muncul dalam beberapa rancangan televisyen seperti Today di saluran NBC dan Jimmy Kimmel Live (ABC).

Menurut penganjur, anjing-anjing itu dinilai dari segi kehodohan semula jadi berdasarkan kepada baka dan tahap kebodohannya.

BACA INI JUGA: Inilah Anjing Paling Tinggi Di Dunia!

sumber: kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon