Belum pernah ada sebuah karya yang begitu mempesonakan tetapi tidak ramai yang memahami selepas berkali-kali membacanya.
Inilah yang terjadi kepada 100 Years of Solitude (1971), karya Gabriel Garcia Marquez, sebuah epik realisme magis yang sangat popular di seluruh dunia.
Novel ini begitu indah dan mempesonakan sehingga sesiapa yang pernah menelaahnya tiada lagi perasaan untuk membaca novel lain.
Keasyikan membaca 100 Years of Solitude yang telah diterjemahkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka bertajuk Sumpah 7 Keturunan, menyebabkan Akademi Kesusasteraan Sweeden memilihnya sebagai pemenang Anugerah Nobel Sastera pada tahun 1982.
Novel-novel Marquez menggabungkan realisme dan fantasi dalam satu dunia khayalan hasil refleksi kehidupan dan konflik kehidupan dalam masyarakatnya. Kesukaran memahami karya aliran realisme magis ini sama juga kepada pembaca yang pernah membaca novel Ulysses karya Kames Joyce.
Mahakarya ini diterbitkan pada 1967 bertajuk Cien Anos de Soledad kini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seluruh dunia menggambarkan bebangkitan dan kejatuhan sebuah kota bernama Macondo.
Setiap watak yang diketengahkan oleh Marquez sebenarnya cerminan apa yang berlaku kepada senario Colombia era awal 1850an sehingga 1950an.
Plot cerita ini mengikut tujuh keturunan salasilah Jose Arcadio Buendia dan Ursula Iguaran, yang disusun secara kronologi, mengikut peredaran masa selama seratus tahun.
Watak-watak yang diwakili seperti Aureliano Segundo, saudara kembar Jose Arcadio Segundo yang hidup dalam kemewahan dan pembaziran terpaksa menghadapi kesusahan setelah ditimpa bencana hujan dan banjir selama empat tahun.
Watak-watak ini yang mewakili negara Colombia yang mewah pada suatu ketika, tetapi mengalami kemelesetan ekonomi setelah ditimpa bencana.
Marquez dikatakan amat rapat dengan mantan Presiden Cuba, Fidel Castro dan pernah meminta pendapat negarawan itu berhubung karya-karya yang hendak ditulisnya.
BACA INI JUGA: Memoir Paling Laris Dalam Sejarah Rupanya Kisah Bohong!
-SENTIASAPANAS.COM