Saturday, June 15, 2013

Dalam Sehari Berapa Kalikah Anda Bersangka Buruk Terhadap Orang Lain?


INFO MOTIVASI. Di dalam keretapi yang menuju utara, seorang ayah melayan keletah anak lelakinya yang berumur belasan tahun.

Dalam Sehari Berapa Kalikah Anda Bersangka Buruk Terhadap Orang Lain?
Gambar hiasan

Apabila keretapi menempuhi jalanraya, si anak terus berkata, “Ayah! tengok tu, kereta tu semua kejar kita!”

Di satu sisi tempat duduk yang lain sepasang suami isteri memerhatikan telatah remaja tersebut bersama ayahnya.

Apabila keretapi melalui pokok-pokok dan hutan-hutan. Anaknya tersebut sekali lagi bersorak, "Eh! Ayah! tengok pokok itupun ikut kita!"

Si ayah hanya tersenyum melayan telatah anaknya itu.

Pasangan suami isteri itu tetap memerhati...

Kemudian remaja tersebut bersorak,  “Ayah! Awan pun kejar kita!”

Si ayah tetap melayan dan tersenyum.

Tiba-tiba, pasangan suami isteri tersebut berkata pada ayah remaja itu, “Kenapa dengan anak encik ni? Merepek je dari tadi macam orang tak betul. Sakit ke?”

Dengan tersenyum si ayah berkata, “Kami baru pulang dari hospital. Berbelas tahun anak saya buta, baru sekarang dia dapat melihat keindahan dunia.”

Pasangan suami isteri itu terus terpaku dan terdiam.

Itulah lumrah kehidupan kita, seringkali kita membuat penilaian sebelum kita tahu hal sebenar.

Dan apabila kita mengetahui keadaan sebenar barulah kita tersedar akan kekhilafan kita.

Tapi berapa ramai yan sanggup meminta maaf?

Tiap orang punya kisah cerita yang tersendiri.

Jangan mudah membuat penilaian dengan mata kasar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Jenis 'Kebaikan Hati' Penentu Kejayaan

sumber: owm

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon