Wednesday, June 05, 2013

Bukti Bahawa Amerika Syarikat Dikuasai Oleh Satanisme


Pernah anda bayangkan jika pemimpin Negara, CEO, penggubal undang-undang adalah terdiri dari kalangan penyembah syaitan?

illuminati

Mungkin kita bayangkan pemimpin agama hanya terdiri dari 2 kumpulan iaitu yang teguh dan patuh dengan agamanya ataupun yang sekular.

Sebenarnya terdapat begitu ramai pemimpin tertinggi Amerika adalah terdiri dari penyembah syaitan, dan ramai yang sudi menjadi pengikutnya.

Anda tidak percaya. Saya akan dedahkannya di sini.

Golongan ini telah dikawal oleh syaitan melalui Occult (Okultisme). Komuniti ini adalah sangat rahsia dan tidak pernah di dedahkan di media-media utama.

Bohemian Grove
Pemujaan di Bohemian Grove

Illuminati, New World Order, Mason, Bohemian Club adalah sebahagian dari kelompok penyembah syaitan ini.

Terdapat ritual pagan yang dilangsungkan di Bohemian Grove di mana telah dilangsungkan acara Cremation of Care Ceremony iaitu mengorbankan seorang anak dengan cara di bakar hidup-hidup.

Upacara ini di lakukan secara rutin setiap tahun dan pernah dihadiri oleh Presiden Bush, Bill Clinton, Richard Nixon, Jimmy Carter, Colin Power, Hendry Kissinger dan banyak lagi pemimpin-pemimpin yang terkenal.

Pada upacara ini, mereka menyembah sebuah patung burung hantu raksasa setinggi 40 kaki (gambar di atas).

David Rockefeller juga adalah salah seorang dari anggota bohemian club. Arnold Schwarzenegger juga pernah menghadiri pertemuan-pertemuan ini.

Sekilas Mengenai Bohemian Grove

Bohemian Grove Location
Lokasi Bohemian Grove

ronald reagon-nixon-glennt at Bohemian Grove
Ronald Reagan, Glenn T. Seaborg dan Richard Nixon di Bohemian Grove

  1. Dibentuk tahun 1872 oleh 5 orang warga Amerika. Kelab ini terletak 75 batu di luar San Fransisco.
  2. Bohemian Grove ini merangkumi kawasan seluas 2700 ekar.
  3. Motto: “Weaving spiders come not here”, diambil dari salah satu ungkapan Shakespeare yang berarti, tinggalkan ‘dirty business’mu di luar dan jangan bawanya kedalam.
  4. Aada sekitar 1.500 VIP waiting list yang telah membayar sebanyak $2500 untuk “initiation fee” ditambah yuran tahunan sebanyak $600. Nilai sebanyak $3100 untuk tahun pertama tidak lah mahal jika dibandingkan dengan pendapatan mereka, namun peluang untuk menjadi anggota ini sangatlah terhad dan sukar. Hanya orang yang dipercayai boleh menjadi anggota Bohemin Grove. Seorang ahli yang menganggotai kelab selama 40 tahun lebih dapat menjadi pemilih untuk memilih seorang anggota baru.
  5. Keluarga Bush mempunyai generasi ke 3 yang menjadi anggota kelab
  6. Grove ini dipenuhi dengan patung pagan berpusatkan sebuah patung burung hantu yang juga di sebut “Moloch“

Bohemian Club motto
Motto Bohemian Club.

Museo-moloch
Moloch telah dipuja sejak dahulu kala lagi.

Pray for Moloch
Gambaran Penyembahan Moloch.

Pada hari sabtu pertama perkemahan, ritual Cremation of Care di laksanakan sebelum makan malam.

Ritual ini dimulakan dengan diiringi oleh suatu kumpulan lelaki berjubah merah dengan kepala tertutup, beberapa orang menyayikan lagu-lagu penguburan sementara terdapat beberapa orang lain yang membawa obor.

Sebuah peti terbuka berisi tubuh yang di tutup dengan kain tipis dan kayu di bawa pada majlis tersebut.

G William Domhoff
G. William Domhoff.

Menurut G. William Domhoff penulis The Bohemian Grove and Other Retreats. Ritual ini memberi simbolik bahawa semua minat dan penderitaan yang perlu ditanggung dalam kehidupan seharian, sehinggalah ini perlu di bakar.

Mary Moore seorang aktivis dari Sonoma Country yang menjumpai jaringan kwahlian dan kelab Bohemian Grove, yang juga salah seorang daripada orang yang merancang melakukan demonstrasi di luar grove sejak 1980.

Beliau telah memuat senarai panjang dan lengkap dari semua pidato-pidato yang diberikan oleh tokoh-tokoh penting selama bertahun-tahun, diantarnya pidato Dick Cheney pada tahun 1991 ”Defense Problems of the 21st Century” di laman web beliau.

Diantara Ahli kelab Bohemian Grove.
  • Both George Bushes
  • Ronald Reagan
  • Henry Kissinger
  • Richard Nixon
  • Casper Weinberger
  • Dick Cheney
  • Malcom Forbes
  • Colin Powell
  • Helmut Schmidt
  • Stephen Bechtel (Bechtel Corp.)
  • James Baker
  • Jerry Cole
  • David Rockefeller
  • Newt Gingrich
  • Tom Johnson (President of CNN and former publisher of LA Times.)
  • William Randolph Hearst Jr.
  • Jack Howard
  • Charles Scripps (Of the Scripps-Howard Newspaper publishers)
  • Walter Cronkite (On the CBS board of management)

Dan juga CEO-CEO terkemuka dan ahli perniagaan. Kebanyakan mereka adalah bersifat konservatif dari California dan 99% berkulit putih.

Bohemian Club adalah sebuah organisasi dianggotai orang terkenal dan kaya yang diadakan 2 minggu setiap tahun. Kumpulan rahsia ini tidak mendapat perhatian dari media masa dan wartawan.

Setiap tahun, dianggarkan sekitar 1,500 orang menghadiri perjumpaan ini. Mereka terdiri daripada CEO berpengaruh di dunia, pemerintah, orang yang terlibat dalam ekonomi dan kewangan dunia, industri, dan pemilik media masa berkumpul untuk mendengar pidato dan pelan masa hadapan.

Mereka juga mengadakan upacara Druid-like di hadapan patung, lengkap dengan pakaian, api, mantera dan ritual-ritual lainnya.

Lambang Bohemian Club
Lambang Bohemian Club.

Untuk membantu kita meyakini fakta di atas, cuba lihat apa yang terdapat pada wang kertas $1 di bawah.

dollar_owl

Itu adalah illustrasi burung hantu yang bersembunyi di antara gambar-gambar di atas helaian $1.

Tetapi mengapa burung hantu digunakan sebagai simbol? Bukankah itu hanya menggambarkan seekor burung?

Setiap Negara memiliki burung kebangsaan yang digunakan pada bendera atau lambang Negara.

Dewi Iblis Lilith Dilambangkan Sebagai Burung Hantu

Burung hantu adalah burung yang aktif pada waktu malam. Ia menangkap mangsanya dengan menggunakan cakarnya yang kuat.

Burung hantu juga dilambangkan sebagai sesuatu yang pandai, melambangkan ilmu hitam, shamanisme dan bulan juga sering menjadi kaitan dengan burung hantu.

Burung hantu memiliki sifat ingin tahu akan segala sesuatu tetapi mereka akan menunggu dengan tenang sehingga tepat waktunya untuk mencapai tujuan mereka.

Beberapa mentera digunakan ketika menyembah Lilith yang menjadi perantara untuk berhubung dengan Arcana. Dua organisasi yang menyembah Lilith adalah Ordo Antichristianus Illuminati dan Order of Phosphorus.

Penulis Joshua Seraphim menulis tiga buah buku mengenai Lilith dalam tulisan-tulisannya yang berjudul ”Rite of Lilith”, ”Confessionis ex Lilitu” dan ”Lamentations of Lilith”.

The Order of Phosphorus
Lambang Order of Phosphorus.

Lilith muncul sebagai succubus dalam karya De Arte Magica oleh Aleister Crowley (gambar di bawah).

Lilith juga adalah nama kepada anak pertama Crowley iaitu Ma Ahathoor Hecate Sappho Jezebel Lilith Crowley. Yang juga sering diperkenalkan sebagai babilon dalam tulisan Thelemic.

Aleister Crowley
Aleister Crowley.

Dalam sebuah upacara Thelemic yang berdasarkan upacara jerman kuno, mereka mempersembahkan apa yang di sebut Invocation of Lilith (peringatan: artikel Invocation of Lilith ini mengandungi cara memanggil syaitan). Dalam upacara ini, Lilith dihubungkan melalui Burung Hantu.

lilith
Lilith yang sinonim dengan burung hantu

Lilith dalam mitologi kafir adalah isteri pertama Adam. Dia sebagaimana Adam, diciptakan dari tanah.

Dalam mitologi kafir kuno, Hawa adalah ciptaan setelah Lilith yang diciptakan dari tulang rusuk Adam ketika dia sedang tidur.

Anomaly ini sangat pelik kerana syaitan mahu kita percaya bahawa telah wujud wanita sebelum Hawa diciptakan.

Dalam lagenda semitic, Lilith digambarkan memiliki sifat yang suka mengigit Adam dan meminum darahnya. Dia sama sekali tidak patuh kepada Adam dan ingin memiliki kuasa yang lebih dari Adam.

Lilith mengkhufuri Allah dan dia kemudiannya terbang dan di buang ke padang pasir yang menjadi tempat tinggal barunya.

Lilith juga digambarkan sebagai ular bersayap dan burung hantu yang membunuh bayi dan juga menyeksa lelaki yang tidur bersendirian pada waktu malam.

Dalam mitologi moden, Lilith adalah symbol feminisme bagi para wanita wanita yang mahukan kebebasan seperti mahukan kesamarataan hak-hak jantina.

Dia bukan hanya sebuah simbol kekuasan wanita tetapi juga simbol utama dari nafsu yang wujud di dalam perempuan. Dia juga merupakan satu simbol dari kematian.

“Lilith digambarkan sebagai ular bersayap dan juga suara burung hantu yang MEMBUNUH BAYI”

Bohemian Grove Ritual
Bohemian Grove Ritual.

Pemimpin ritual Bohemian Grove sedang mengorbankan manusia diiringi teriakan kasakitan melalui pembesar suara agar dapat didengar oleh semua yang hadir

Pada tahun 2006 sebuah karya occult oleh Donald Tyson (beliau terlibat dalam upacara di Bohemian grove) yang berjudul Liber Lilith memberikan perincian mengenai rahsia kosmologi ’Mother Of Harlots’ dan ’Spawn of all nightbreed monster Lilith’.

Buku ini diselamatkan dari perpustakaan Dr. Dee di Mortlake pada tahun 1580an.

Sebagaimana Lilith adalah dewi iblis Bohemian Grove, demikian juga dengan Baphomet (anak dari Lucifer dan Lilith) dewa iblis bagi Freemansory.

baphomet
Baphomet

Dapatkah anda menghubungkait antara Freemansory dan Bohemian Grove? Dalam dunia moden Luciferianisme, Lilith lebih dianggap sebagai pendamping Lucifer yang diperkenalkan dalam figure babilon.

Lilith diciptakan dari lumpur dan debu, yang juga dikenali dengan nama Queen of Sucubi. Lilith melahirkan seorang anak androgynous (memiliki ciri-ciri lelaki dan wanita) yang di panggil “Baphomet”atau juga “Goat of Mendes” hasil dari hubungan dengan Lucifer. Baphomet juga dikenali dalam kalangan Luciferianism sebagai ”God of Witches”.

Bohemian Grove Berakar Dari Luciferianism

Tulisan Michael Ford, ”The Foundation of the Luciferian Path” berpendapat bahwa Lilith membentuk Luciferian Trinity yang mengandungi Lilith, Samael, dan Kain. Lilith disini dikenali sebagai dewi sihir, pemegang watak dark feminime dan juga dikenali sebagai dewi Hecate.

hecate
Hecate (kiri) Statue-of-liberty (kanan)

Dan apa pula kaitan Hecate dengan gambar di sebelahnya? Anda ada jawapannya?

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Bukti Bahawa Amerika Syarikat Di Kuasai Oleh Satanisme - Bhg II (Akhir)

sumber: irfanirsyad

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon