Nasihat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dalam urusan kepimpinan. Dari hadis dibawah ini, jelas mereka yang meminta jawatan tidak akan dibantu oleh Allah setelah mereka mendapatkannya.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pernah menasihatkan kepada Abdurrahman bin Samurah:
“Wahai Abdurrahman bin Samurah, janganlah engkau meminta kepemimpinan. Kerana jika engkau diberi tanpa memintanya nescaya engkau akan ditolong (oleh Allah dengan diberi taufik kepada kebenaran). Namun jika diserahkan kepadamu kerana permintaanmu nescaya akan dibebankan kepadamu (tidak akan ditolong).” H.Riwayat al-Bukhari, Sahih Bukhari no. 7146
Demokrasi
Demokrasi sering kali dikaitkan dengan ideologi barat yang tidak boleh diterima dan diamalkan oleh sesetengah pihak.
Hatta ada segelintir golongan yang menolak demokrasi secara total dan ada juga yang menganggapnya sebagai perbuatan menyekutukan Tuhan.
Dalam konteks dunia masakini khususnya setelah terbinanya konsep negara bangsa, konsep demokrasi ini juga seharusnya difahami dengan makna yang lebih luas dan terbuka.
Malahan, jika diteliti secara objektif, didapati kebanyakan negara maju dan negara-negara yang menguasai teknologi tinggi, berpengaruh, berkuasa dan terkehadapan adalah terdiri daripada negara-negara yang mengamalkan demokrasi.
Manakala negara yang tidak mengamalkan demokrasi termasuk negara yang melaksanakan Shari’ah adalah negara-negara yang mundur dan bermasalah.
Keadaan atau fakta ini sahaja boleh menggambarkan secara tidak langsung pengaruh dan kesan demokrasi yang positif.
Ulama kontemporari terutamanya ulama haraki secara umumnya menerima demokrasi sebagai salah satu wadah dan saluran untuk melaksanakan Islam sebagai satu gaya hidup.
Demokrasi yang mengutamakan hak asasi, kebebasan dan keadilan adalah sama sekali tidak bercanggah dengan syariat Islam malahan ia sangat seiring dengan tuntutan maqasid Shari’ah.
Kebaikan dan Keburukan Sistem Demokrasi di Malaysia
Apabila membicarakan kebaikan dan keburukan sistem demokrasi di Malaysia, mahu tidak mahu penulis ingin menyentuh daripada aspek budaya dan amalan politiknya.
Secara umumnya Malaysia mempunyai infrastruktur demokrasi yang baik seperti Suruhanjaya Pilihanraya, badan eksekutif, legislatif dan kehakiman yang dijamin oleh Perlembagaan.
Namun yang menjadi isunya di sini ialah dari aspek budaya dan amalannya. Kebaikan dan keburukan sistem demokrasi ini bergantung kepada dua aspek ini.
Sehingga kini, budaya dan amalan politik di Malaysia masih berteraskan kepada sentimen perkauman dan peribadi.
Bagi menjamin demokrasi yang lebih baik dan bertepatan dengan prinsip Islam, Malaysia memerlukan tranformasi politik yang berpaksikan ilmu dan etika.
Penulis berpendapat sekiranya budaya dan amalan demokrasi sedia ada di Malaysia ini tidak dihijrahkan atau ditransformasikan, maka kita hanya akan terus-terusan mewarisi dan mengamalkan sistem demokrasi yang kurang upaya dan natijahnya ialah implikasi keburukan itu pasti mengatasi apa sahaja kebaikan yang ada.
Al-hurriyyah (kebebasan) dalam Politik Islam
Al-hurriyyah atau kebebasan merupakan salah satu daripada matlamat demokrasi. Dalam isu ini penulis sangat tertarik untuk merujuk karya Sheikh Rashid Ghanoushi bertajuk Al-Hurriyah al-‘Ammah fid-Dawlah al-Islamiyyah (Kebebasan Umum dalam Negara Islam).
Buku ini penulis anggap sebagai karya penting dalam wacana pemikiran politik Islam kontemporari.
Dalam buku ini, Sheikh Ghanoushi melihat demokrasi sebagai natijah daripada proses dan perjuangan yang sangat panjang untuk mendapatkan kebebasan dan hak.
Kebebasan dan hak ini jugalah yang menjadi asas kepada politik Islam. Islam secara jelas menjamin kebebasan.
Hal ini juga diungkapkan secara serius oleh Sheikh Rashid Ghanoushi dalam buku terbarunya bertajuk ”Al Dimuqratiah wa al Huquq al insan fi al Islam” diterbitkan oleh Al Jazeera Centre.
Dalam konteks realiti dunia masa kini, al hurriyyah atau kebebasan yang dijamin melalui proses demokrasi yang berpaksikan ilmu dan etika itu merupakan unsur utama yang mesti dicapai sebelum dapat meneruskan agenda menegakkan syiar Islam.
Penulis sangat yakin berdasarkan dalil yang sahih dan sejarah yang panjang bahawa Islam itu hanya akan subur dan segar di mana sahaja al Hurriyyah itu didokong.
Al hurriyyah yang penulis maksudkan di sini bukan bermakna kebebasan yang ditafsirkan berdasarkan pendekatan sekular ataupun ’humanistic approach’ tetapi ia merujuk kepada al Hurriyah yang didefinisikan oleh epistemologi Islam bersandarkan wahyu.
Asal Usul Sistem demokrasi
Adalah tidak adil mengatakan bahawa demokrasi itu sepenuhnya berasal dari barat bahkan menyatakan bahawa demokrasi itu suatu konsep yang boleh membawa kesyirikan sepertimana yang difahami oleh segelintir umat Islam juga adalah tidak tepat.
Walaupun, demokrasi itu dipelopori oleh masyarakat barat tetapi harus difahami kedinamikan sistem demokrasi yang ada pada hari ini.
Ia telah melalui satu proses yang amat panjang bahkan melibatkan pertumpahan darah, perang saudara, konflik agama, krisis antara bangsawan dan rakyat dan sebagainya.
Sekiranya dilihat secara teliti, perjuangan untuk mendapatkan demokrasi itu merupakan usaha suci rakyat semata-mata untuk mendapatkan kebebasan dan hak daripada golongan penindas bahkan membebaskan mereka daripada sistem perhambaan secara langsung atau tidak langsung.
Ini sangat bertepatan dengan ajaran Islam yang secara jelas menjamin kesamarataan hak dan kebebasan.
Pengaruh daripada ketinggian dan ketamadunan Islam yang hebat di zaman pentadbiran Umayyah, Abasiyah, Uthmaniah dan Andalus yang sudah pasti terjaminnya ’al hurriyyah’ pada waktu itu juga, sangat memberikan kesan yang hebat kepada tercetusnya gerakan kebangkitan di Eropah yang akhirnya menatijahkan demokrasi.
Penulis sangat yakin bahawa idea dan prinsip-prinsip demokrasi yang diperjuangkan oleh masyarakat barat juga menerima pengaruh intelektual Islam dengan terbuktinya karya-karya agung ilmuan Islam yang menjadi rujukan di barat.
Namun, sistem demokrasi yang dicipta oleh barat dan ditinggalkan oleh barat kepada kita menjadikan seseorang terpaksa meminta jawatan dengan manifesto yang pelbagai untuk meraih sokongan rakyat.
Inilah salah satu bahana sistem demokrasi.
BACA INI JUGA: Tragedi Penghinaan Sistem Demokrasi Di Mesir
sumber: headbomb

يَا عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ سَمُرَةَ، لاَ تَسْأَلُ الْإِمَارَةَ، فَإِنَّكَ إِنْ أُعْطِيْتَهَا عَنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا وَإِنْ أُعْطِيْتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا