Friday, May 10, 2013

Selamat Menyambut Hari Ibu 2013


Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat di seluruh dunia.


Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Namun di Malaysia dan beberapa negara, hari ibu disambut pada hari ahad minggu ke dua pada setiap bulan mei. Ini bererti hari ibu akan disambut pada 12-Mei-2013 tahun ini.

Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.

Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

Selamat Hari Ibu..

-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon