Friday, May 17, 2013

Pelik! Satu Keluarga Berjalan Seperti Monyet Sejak Di Lahirkan


Begitu mudah mengenali lima bersaudara yang berasal dari Turki ini. Mereka berjalan dengan merangkak. Bukan dengan lutut, tetapi menggunakan dua tapak kaki dan dua tapak tangan seperti manusia monyet.

Pelik! Satu Keluarga Berjalan Seperti Monyet Sejak Di Lahirkan

Mereka menjadi perhatian dunia setelah stesen televisyen BBC menayangkan sebuah filem dokumentari bertajuk ‘The Family That Walks On All Fours’, tujuh tahun dahulu (17 Mac 2006) (Wikipedia).

Filem ini juga memperlihatkan cara mereka bertahan di dalam kelompok masyarakat moden.

Mereka menghabiskan sebahagian besar hidup dengan duduk di luar rumah mereka, yang terletak di sebuah kampung terpencil.

Namun, salah seorang dari ahli keluarga mereka telah berhijrah dari kampung untuk berinteraksi dengan manusia moden.

Ketika filem dokumentari itu di tayangkan, lima bersaudara itu berusia 18 hingga 34 tahun. Mereka yang merupakan keturunan Kurdi, suku pedalaman di Turki, kelihatan bergerak bebas dengan dua tapak tangan dan kaki. Sementara wajah mereka mendongak menghadap ke depan.

Mereka tidak dapat berdiri tegak dengan dua kaki. Walaupun dipaksa, mereka akan berdiri dengan posisi lutut menekuk dan kepala mendongak.

Dua wanita dan seorang lelaki dari lima bersaudara itu sama sekali tidak dapat berjalan dengan dua kaki. Sementara dua yang lainnya masih boleh berjalan dengan dua kaki walaupun terhuyung-hayang.

Walaupun kelihatan pelik, keadaan keluarga ini mendapat perhatian mengenai evolusi manusia dari berjalan merangkak hingga berjalan dengan tegak.

Para ilmuan percaya bahawa keadaan mereka mampu memberikan penjelasan berbeza dan lebih terperinci tentang teori-teori sebelum ini berkaitan dengan evolusi manusia.

Hasil penelitian menunjukkan, adanya kelainan genetik yang membuatkan mereka berjalan merangkak.

Ini dapat memberikan maklumat berharga mengenai bagaimana manusia berevolusi dan manusia purba dengan empat kaki berkembang menjadi manusia dengan dua kaki.


“Hal ini sungguh menakjubkan sebagai contoh kelainan yang menunjukkan perkembangan manusia.

"Tapi, tujuan mereka hidup adalah bagaimana dapat bertahan hidup di dunia moden,” ujar Profesor Nicholas Humphrey, psikologi evolusi di London School of Economics, seperti dilaporkan Daily Mail.

Profesor yang telah mengunjungi keluarga ini dua kali mengatakan bahawa lima bersaudara itu memiliki masalah mental.

Orang tua mereka diyakini memberikan kombinasi gen unik yang mengakibatkan keterbatasan itu.

Beberapa penyelidik berpendapat, kesalahan genetik telah memicu perkembangan mereka bak manusia purba atau ‘keterbelakangan evolusi’.

Sedangkan penyelidik lain percaya perkara tersebut akibat kerosakan otak yang memungkinkan proses berjalan tidak menjadi.

Mereka lebih memilih berjalan dengan tapak tangan mereka dibandingkan berjalan dengan menggunakan ruas-ruas tubuh mereka seperti gorila atau cimpanze.

Para penyelidik percaya, ini mungkin cara manusia purba berjalan melindungi jari-jari mereka dengan gerakan yang lebih halus.

Profesor Nicholas Humphrey mengatakan bahawa yang dilakukan keluarga ini adalah kembali ke perilaku naluri yang direkodkan jauh di dalam otak, dan tidak dihiraukan selama evolusi.

“Saya tidak berfikir mereka ditakdirkan untuk menjadi haiwan berkaki empat, tetapi mereka memiliki gen yang unik yang menjadikan mereka seperti ini,” ujarnya.

BACA INI JUGA: Tradisi Pelik Keluarga Tonton 'Aksi' Pengantin Di Malam Pertama!

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon