Monday, May 20, 2013

Panduan Mudah Bagaimana Untuk Menjadi Manusia Luarbiasa


Info Motivasi. Ada seorang professor yang bernama ........ berminat melihat kaitan individu 'luar biasa' melihat, memperolehi dan mengenal pasti peluang yang ada. Pada masa yang sama, beliau turut berminat mengetahui bagaimana orang yang berstatus 'luar biasa' dan 'biasa' berinteraksi dalam keadaan yang sama.

Panduan Mudah Bagaimana Untuk Menjadi Manusia Luarbiasa

Ujian kali ini dilakukan dengan cara yang unik. Beliau tidak mahu kajian itu diadakan di makmal tetapi dilakukan di dunia luar.

Ideanya tidak sesukar mana. Kajian itu hanya memerlukan wang kertas berjumlah RM10, penyamar dan kamera yang digunakan bagi merakam reaksi orang luar biasa dan orang biasa.

Kajian itu diadakan di sebuah kedai kopi dan dua peluang diletakkan pada keadaan yang diciptanya.

Pertama adalah wang berjumlah RM10 yang diletakkan di atas jalan berdekatan kedai kopi itu, di mana laluan itu akan dilalui oleh mereka.

Dekorasi (perhiasan) dalaman kedai kopi itu juga sudah diubah. Hanya empat meja sahaja ditempatkan, di mana setiap satunya diduduki oleh seseorang.

Seorang ahli perniagaan yang berjaya sudah ditempatkan pada salah satu meja itu. Orang 'luar biasa' dan orang 'biasa' sudah dijemput datang berjumpa orang yang dikatakan terlibat dengan projek ahli perniagaan yang berjaya.

Mereka diminta hadir pada masa yang berbeza, tetapi diberikan dua peluang yang sama.

Kajian bermula dengan orang yang berstatus 'luar biasa'. Semua kamera sudah bersedia apabila orang 'luar biasa' itu datang ke kedai kopi itu.

Orang 'luar biasa' itu sudah ternampak wang berjumlah RM10 yang sengaja diletakkan lalu beliau mengambilnya.

Kemudian, beliau masuk ke kedai itu dan memesan secawan kopi. Orang 'luar biasa' itu duduk bersebelahan dengan ahli perniagaan yang berjaya.

Beliau sudah mempelawanya minum secawan kopi dan ahli perniagaan itu bersetuju. Selang beberapa ketika, mereka berbual dengan baik.

Kisah orang yang berstatus 'biasa' pula berlaku sebaliknya. Selepas orang 'luar biasa' itu tadi beredar, wang kertas RM10 diletakkan semula bagi mewujudkan 'peluang' yang sama. Malangnya, wang kertas itu tidak disedarinya. Orang 'biasa' juga duduk bersebelahan dengan ahli perniagaan yang berjaya.

Walau bagaimanapun, beliau langsung tidak berbual malah diam membisu. Bukan sahaja kepada ahli perniagaan itu malah dengan semua orang yang ada di dalam kedai kopi itu sebaik sahaja memesan minuman.

Menjelang tengah hari, mereka berdua ditanya berkenaan peristiwa tadi yang mereka telah alami. Orang 'luar biasa' begitu gembira menceritakan pengalaman manis dia menjumpai wang RM10 dan pengalaman menarik berbual dengan ahli perniagaan yang berjaya. Bagi orang 'biasa' pula, tiada peristiwa pagi yang dianggap menarik berlaku pada dirinya.

Peristiwa yang berlaku tadi menceritakan perihal peluang sama. Namun begitu perkara yang membezakan adalah orang yang berstatus 'luar biasa' bijak menggunakan kesempatan peluang yang ada berbanding orang yang berstatus 'biasa'.

Keputusan kehidupan yang terhasil adalah berbeza walaupun peluang adalah sama. Ini kerana cara orang 'luar biasa' dan 'biasa' itu tadi memberi respon perihal sesuatu adalah berbeza.

Kesimpulan bagi perkara di atas, orang yang berstatus 'biasa' selalunya terjadi pada diri kita yang mempunyai perhatian yang kurang cekap semasa peristiwa itu datang dijemput disebabkan faktor persekitaran yang berbeza di kedai kopi itu dengan persekitaran yang selalu berlaku di tempat biasa kita duduki.

Faktor lain pula disebabkan minda kita tidak di 'set'-kan untuk berada di tempat itu (tiada 'open-minded').

Oleh sebab itu, kita selalunya ketinggalan dalam menghadapi peluang keemasan ini disebabkan kita belum bersedia malah tidak biasa dalam situasi yang mendatang.

Perhatian kita belum cekap untuk menghadapi situasi yang mendatang.

Jadi, kita perlu banyakkan menimba pengalaman untuk menjadi seperti orang yang berstatus 'luar biasa' kerana perkara yang akan orang 'luar biasa' itu alami pada situasi mendatang itu sama seperti rutin kehidupan sehariannya yang biasa dia lakukan.

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon