Friday, May 31, 2013

Nurul-Izzah Di Halang Memasuki Sabah Sempena Tadau Kaamatan Satu Tragedi


Penghantaran pulang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dari Sabah semalam semasa Pesta Menuai adalah “bencana” dan “kesilapan besar”, kata ahli Parlimen (MP) Umno Datuk Bung Mokhtar Radin malam tadi.


MP Penampang Darell Leiking dari PKR juga mengkritik halangan masuk MP Lembah Pantai itu ke Sabah, mengatakan ia telah mencemarkan “reputasi negeri sebagai tuan rumah”.

“Saya percaya ini adalah kesilapan besar dan perlu diperbetulkan,” kata Bung melalui akaun Twitternya @MyKinabatangan turut menyebut akaun Twitter Nurul Izzah dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman semalam.

“Saya tak faham mengapa Nurul tidak dibenarkan memasuki Sabah, kalau benar ini satu kesilapan dan malapetaka,” tambah ahli majlis tertinggi Umno itu.

Nurul Izzah dinafikan masuk ke Sabah selepas mendarat di Kota Kinabalu petang semalam.

Darell mengatakan Nurul Izzah datang ke Sabah untuk menyambut Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai atas kapasiti peribadinya.

“Mengapa rakyat Malaysia yang mahu menyambut perayaan bersama rakyat Malaysia lain terutamanya Kadazan dari Sabah dan di Sabah, sekarang menjadi sebab untuk halangan masuk?” kata Darell dalam satu kenyataan malam tadi.

Darell mengatakan kerajaan negeri Sabah mempunyai hak untuk menghalang sesiapa untuk masuk akan tetapi hak tersebut tidak seharusnya disalahgunakan.

“Saya cabar ketua menteri dan semua anggota Kabinet negeri untuk menjelaskan kepada semua rakyat Sabah dan Malaysia mengapa ini semua berlaku,” katanya.

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang turut dihalang masuk ke Sabah pada April lepas.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon