Saturday, May 18, 2013

Luarbiasa! Pesalah Yang Terselamat Selepas Hukuman Mati


Hukuman mati dikenakan kepada penjenayah yang terlibat dalam jenayah pembunuhan, pengedaran dadah, pengkhianatan dan melancarkan perang terhadap pemerintah.

Hukuman mati biasanya akan membawa kepada kematian kepada pesalah. Namun, ada beberapa orang di dunia ini yang pernah terselamat daripada hukuman maut.

Wenseslao Moguel
1880

Luarbiasa! Pesalah Yang Terselamat Selepas Hukuman Mati

Moguel dijatuhi hukuman mati dengan cara ditembak oleh pasukan penembak polis. Dia ditembak 9 kali, termasuk 1 peluru terakhir yang ditembakkan ke kepalanya oleh komander pasukan dalam jarak dekat untuk memastikan kematiannya.

Entah bagaimana, Moguel dapat bertahan dan masih hidup. Moguel pulang ke kampungnya untuk menikmati sisa hidupnya yang sangat berharga tersebut.

Gambar di atas diambil pada tahun 1937 di acara Ripley’s Believe It or Not. Dimana Moguel memperlihatkan tanda bekas peluru yang menembus kepalanya dari jarak dekat.

Joseph Samuel
1780


Joseph mati dengan cara digantung setelah dituduh merompak rumah seorang wanita kaya dan polis yang menjaga rumah tersebut telah terbunuh.

Joseph memang mengakui melakukan rompakan tersebut. Namun, dia menafikan terlibat dalam pembunuhan tersebut. Joseph merompak rumah tersebut bersama gengnya. Ketua geng dilepaskan kerana kekurangan bahan bukti.

Pada 1803, Joseph dibawa bersama penjenayah lain ke Parramatta, di mana ratusan orang datang untuk melihat hukuman gantung ini.

Setelah berdoa, Joseph naik ke atas gerobak dan di lehernya dikalungkan tali. Setelah siap, gerobak tersebut ditarik.

Bukannya menggantung tubuh Joseph, tali tersebut malah putus. Algojo mencuba lagi, tetapi kali ini tali tersebut mengalami masalah sehingga kaki Joseph menyentuh tanah. Di tengah keriuhan penonton, algojo mencuba lagi untuk kali ketiga. Tali tersebut juga putus!

Kali ini petugas melaporkan kepada gabenor tentang peristiwa ini. Akhirnya gabenor mengubah hukuman Joseph kepada penjara seumur hidup.

Gabenor dan petugas lain yakin bahawa kejadian tersebut merupakan petunjuk dari Tuhan, bahawa Joseph tidak seharusnya menjalani hukuman tersebut.

William Duell
1724


Ketika berusia 16 tahun, William dijatuhi hukuman gantung atas tuduhan merogol dan membunuh terhadap seorang gadis di Village of Tyburn, London.

Mayat William akan dimanfaatkan untuk pelajar di medical training, sesuai dengan prosedur biasa pada waktu itu jasadnya akan dibawa ke universiti.

Kemudian, setelah pakaiannya dilucut dan diletakkan di atas papan, seorang petugas makmal yg menyedari bahawa mayat William masih bernafas.

Makin lama, William bernafas semakin cepat. Dan dalam 2 jam, dia sudah boleh duduk. Malam itu juga, pemerintah memutuskan untuk mengantikan hukumannya menjadi hukuman penjara.

John Henry George Lee
1884


John merupakan seorang pembantu di rumah Miss Emma. Suatu hari, Miss Emma ditemui dengan leher dikelar pisau dan rumahnya terbakar.

John kemudian dinyatakan bersalah dan dikenakan hukuman gantung. Menurut jadual, John akan di gantung pada 23 Februari 1885 di Exeter Prison.

Ketika John dibawa keluar dari selnya untuk menuju tempat pergantungan. Namun, perangkap pintu (pintu penyekat antara zon penjara) terlepas. Bukan hanya sekali, dua kali, tapi tiga kali.

Di tengah kebingungan pihak penjara dan tukang hukum, John dikembalikan ke sel nya. Dan beberapa hari kemudian, hukumannya diubah menjadi hukuman penjara seumur hidup.

Anne Green
1630


Anne Green, seorang pembantu rumah abad pertengahan di Oxfordshire telah menjalinkan hubungan sulit dengan cucu majikannya. Bayi yang dilahirkan mati dan dia kemudiannya dituduh sebagai pembunuh.

Dia dihukum gantung ketika berusia 22 tahun. Pada masa itu, hukuman gantung dilaksanakan dengan cara pesalah disuruh menaiki tangga dan mengalungkan sendiri tali ke lehernya.

Setelah tergantung slama 1/2 jam, tubuh Anne diturunkan dan diserahkan kepada pihak universiti sebagai bahan rujukan anatomi. Namun, setelah peti dibuka doktor mendengar suara pernafasan dari lehernya.

Mereka segera memberinya minum. Dua belas jam selepas itu, Anne sudah boleh bercakap beberapa perkataan.

Beberapa tahun kemudian Anne akhirnya berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak. Dia hidup 15 tahun lagi setelah peristiwa gantung yang membuatkannya terkenal.

BACA INI JUGA: Manusia Luar Biasa, Bagaimana Mereka Akhirnya Mati?

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon