15 Mei, genaplah ulang tahun peristiwa Nakbah, yang secara rasminya diingati pada tarikh ini setiap tahun, merujuk kepada pengisytiharan Negara haram Israel yang disambut di Israel sebagai "Hari Kemerdekaan" setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai "The War of Independence" (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan).
Hakikatnya ialah mereka merampas negara Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari tanah air mereka.
Akibat dari keganasan oleh beberapa kumpulan bersenjata Yahudi Zionis, 800,000 rakyat Palestin terpaksa menyelamatkan diri dengan meninggalkan kampung halaman dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.
Kini setelah berpuluh tahun peristiwa ini berlaku, dianggarkan 6 juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga, tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka.
Jika Nelson Mandela diraikan sebagai pahlawan kemanusiaan terulung kerana sanggup dipenjarakan selama 30 tahun demi membebaskan bangsa kulit hitam Afrika Selatan dari sistem Apartheid, maka rakyat Palestin yang menghuni kem-kem pelarian sejak berpuluh tahun lalu lebih wajar dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

- Hari Nakbah, Kekejaman Zionis Dan Penubuhan Negara Haram Israel
- Rahsia Besar 1hb Mei Dan Kaitannya Dengan Yahudi
-Sentiasapanas.com