Wednesday, April 17, 2013

Wow! Pilot Wanita Tercantik Di Malaysia


Kapten Norashikin Onn secara rasmi telah mendapat lesen sebagai seorang pilot. Norashikin merupakan juruterbang wanita pertama di seluruh Malaysia.

Norashikin-Onn

Bagi Norashikin Onn, 40-an, idamannya adalah menerbangkan pesawat. Itupun khususnya bersama syarikat penerbangan AirAsia yang sudi menerimanya tanpa diskriminasi jantina pada tahun 2005.

Sebagai Kapten Wanita Pertama AirAsia mulai tahun 2009, Shikin yang mengikuti kelas penerbangan di Florida, Amerika Syarikat (AS), memandang tinggi pada kemampuan wanita pertama yang pernah menerbangkan pesawat menyeberangi Lautan Atlantik, Amelia Earhart pada tahun 1928.

“Bagi saya, seorang juruterbang memerlukan kefahaman dan kearifan yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi.

"Dalam masa-masa getir, dia perlu bertindak dengan tenang, tidak panik dan mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya yang pernah berhadapan dengan cuaca buruk dalam perjalanan pulang dari China ke Malaysia.

Sebelum berkhidmat di AirAsia, Shikin menyertai Pelangi Air pada tahun 1996. Empat tahun kemudian, dia dinaikkan pangkat menjadi kapten.

"Selepas lapan tahun bersama syarikat tersebut, Shikin mengundurkan diri buat seketika untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan Teknologi Maklumat.

Sebelum itu, dia menerima ijazah Sarjana Muda dalam bidang Seni Persembahan dan Pengurusan di AS.

Wanita cekal itu juga menubuhkan 4B Kelab Penerbangan Belia pada tahun 1993 yang masih beroperasi di Melaka.

“Saya tidak pernah merancang untuk bersara dari bidang ini kecuali kesihatan saya tidak mengizinkan,” katanya.

“Sebelum bersara, saya mahu menerbangkan pesawat ke New York dan berjumpa semula dengan kawan-kawan lama.

"Lagipun, saya gemar mendarat dan berlepas dari lapangan terbang sibuk seperti di Chicago,”tambah Shikin yang kini dalam peringkat mendapatkan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang pengurusan Teknologi Maklumat.

Namun, jangan sangka bahawa kehidupannya hanya tertakluk kepada kerjaya tanpa masa untuk berehat.

Selepas 28 hari bekerja selama 100 jam, Shikin diberi waktu rehat yang cukup sebelum kembali bekerja. Dia juga ditawarkan tiket dan baucar penerbangan menarik dalam setahun.

“Saya masih ada banyak masa untuk melakukan aktiviti riadah seperti selam skuba, mendaki gunung dan bermain piano,” kata Shikin sambil menutup tirai perbicaraan kami pada petang itu.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Siapa Pramugari Pertama Di Dunia?

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon