Saturday, April 27, 2013

Top 5 Blog Dengan Pendapatan Paling Tinggi Di Dunia


Sudah berapa lama anda berblog? Berapa pendapatan blog anda setahun? Erkk.. Kali ini artikel tentang blog-blog terkenal dunia dan jumlah pendapatan yang mereka jana.

Techrunch.com


Blog ini pada mulanya hanya dikendalikan oleh Michael Arrington, seorang pengacara yang juga merupakan seorang tech geek. Ketika ini, TechCrunch dikendalikan oleh beberapa editor. Topik blog ini adalah berkaitan teknologi. Pendapatan yang diperoleh TechCrunch adalah sekitar $200,000 (RM 600, 000) sebulan! Pendapatan datang terutamanya dari sumber iklan-iklan banner. Bayangkan, harga iklan selama sebulan di TechCrunch adalah $10,000! (atau lebih kurang RM 30,000!).

Mashable.com


Blog ini ditubuhkan oleh Pete Cashmore, seorang Konsultan Web berasal dari Scotland dan ketika ini diuruskan oleh 10 orang editor tetap. Blog dengan tag line “The Social Media Guide” ini menggunakan rangkaian social media sebagai sasarannya. Berdiri sejak tahun 2005, Mashable kini telah menghasilkan pendapatan sekitar $180,000 (RM540,000) sebulan! Sumber penghasilan utama blog ini adalah dari iklan banner.

PerezHilton.com


PerezHilton adalah blog berita selebriti yang dibuat dan dikendalikan oleh Mario Lavandeira. Namanya adalah berdasarkan selebriti terkenal Paris Hilton. Blog ini bertema hiburan dan mengusung tag line “Celebrity Juice, Not from Concentrate”. Ia berjaya memperoleh pendapatan sekitar $140,000 (RM420, 000) setiap bulan! Sumber pendapatan utamanya juga dari iklan banner.

Gothamist.com


Gothamist adalah blog yang memaparkan pelbagai sisi lain kota New York. Dibuat dan dikendalikan oleh Jake Dobkin, blog dengan tag line “New York City News, Food, Arts and Events” ini banyak mendapat pendapatan dari iklan PPC. Setiap bulan, pendapatannya mencapai angka $80,000 (RM240,000).

TimothySykes.com


Blog ini, sesuai dengan namanya, dimiliki dan dikendalikan secara peribadi oleh Timothy Sykes, seorang usahawan dan pengurus hedge fund berasal dari Amerika Syarikat. Mengutarakan topik tentang dunia kewangan dan pelaburan, blog ini banyak mendapat pendapatan dari penjualan produk-produk affiliate pasaran kewangan. Blog ini mengusung tagline “Short Selling Penny Stocks”. Dan setiap bulan menghasilkan pendapatan sebanyak $80,000 (RM 240, 000)!

-Absoluterevo.wordpress.com

2 comments

  1. Assalammualaikum.. sentiasa panas,

    mselim3 xder ker senarai blog pendapatan paling tinggi...

    mselim3

    pls: mselim3 nak jugak...

    ReplyDelete
  2. W'salam.. mudah2an mselim3 dan sentiasapanas akan tersenarai suatu masa nanti..amiin :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon