Thursday, April 04, 2013

Pelik! Wanita Makan Satu Kilogram Batu Seminggu


Sangat pelik jika ada manusia yang memakan batu sebagai santapan. Itulah yang telah terjadi kepada seorang wanita bernama Teresa yang mula menyedari nafsu makan pelik beliau itu ketika sebuah gelas kaca terhempas, dan beliau merasa sangat berselera apabila melihat serpihan kaca-kaca tersebut.


Sejurus selepas itu Teresa mula memakan benda-benda pelik dan mendapati memakan batu adalah yang paling sedap sekali.

”Batu adalah hidangan yang paling sedap buat masa ini, dalam seminggu saya makan hampir 1.3 kg batu.

"Namun begitu kuantiti batu yang dimakan bergantung pada mood saya. Saya akan merasa sangat selesa jika dapat makan batu, saya akan merasa gusar dan susah hati jika tiada batu di rumah saya untuk dimakan

”Setiap petang beliau akan berjalan-jalan sambil mencari batu untuk dimakan, katanya.

Teresa hanya memilih batu yang lembut dan rapuh untuk dimakan. Beliau menjadi bertambah berselera jika batu-batu yang dikutipnya itu bewarna-warni.

Beliau pernah memakan lumpur disebabkan tiada batu yang dijumpai pada ketika itu.

Kadangkala beliau mengunyah batu-batu kecil seperti mengunyah chewing gum. Namun begiu kehadiran teman lelaki (kini telah menjadi suami) di dalam hidupnya telah merubah segala-galanya.

Beliau kini sedang menjalani rawatan psikologi bagi mengubati penyakit yang dialami.

”Jim buat saya rasa gembira dan tidak sunyi lagi, jadi saya sedang berkira-kira untuk menghentikan memakan batu”.

Teresa mengaku tidak pernah jatuh sakit kerana memakan batu, namun begitu beliau amat jarang membuang air besar dan selalu merasa sakit di bahagian perutnya.

BACA INI JUGA: Pelik! Pokok Kayu Menjerit Bila Dahaga

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon