Nefertiti (kecantikan telah muncul) adalah Permaisuri Agung, isteri Firaun Amenhotep IV (kemudian bergelar Akhenaten) dan merupakan ibu mertua yang mungkin ibu tiri Firaun Tutankhamun, juga berkemungkinan memerintah kerajaan dalam waktu singkat dengan nama Neferneferuaten-Nefertiti.
Aten bermaksud memancarkan sinarnya kerana kecantikan telah muncul, setelah suami baginda mangkat dan sebelum bertakhtanya Tutankhamun.
Secara kasar, namanya diterjemahkan menjadi "wanita yang cantik (atau sempurna) telah datang, tiba atau muncul".
Sebahagian namanya juga bermaksud manik-manik emas yang terjulur panjang, disebut nefer, yang sering dipakainya.
Baginda terkenal dengan patungnya, yang sekarang berada di Muzium Altes Berlin. Patung ini merupakan karya yang banyak ditiru.
Dibuat oleh pengukir bernama Thutmose dan ditemui di peninggalan tempat dia bekerja. Patung ini menjadi contoh bahawa pada zaman Mesir kuno sudah ada pemahaman wajah realistik.
Hingga kini, tiada rekod sahih dijumpai boleh memberitahu siapakah ibu bapa Permaisauri Agung Mesir Purba ini. Para arkeologi mengusulkan bahawa Nefertiti mungkin seorang Puteri Mitanni.
Tarikh sebenar bila Nefertiti berkahwin dengan Amenhotep IV juga tidak dapat disahkan oleh para arkeologi mesir purba, tetapi perkahwinan mereka dikurniakan enam cahaya mata perempuan (Yang diketahui berdasarkan rekod mesir purba).
Berikut adalah senarai nama anak beliau;
Ankhsenpaten akan menjadi Permaisuri Agung Mesir Purba setelah beliau dikahwinkan dengan adik tirinya sendiri, Tutankhamun. Firaun yang terkenal dengan makam yang dipenuhi emas.
Pada tahun keempat (1346 Sebelum Masihi) pemerintahan Amenhotep IV, beliau telah memulakan revolusi agama di Mesir yang menaikkan kemarahan pendita-pendita di situ.
Amenhotep memperkenalkan tuhan Aten, iaitu tuhan matahari. Dengan memperkenalkan tuhan matahari ini, Amenhotep membuang semua kepercayaan tentang tuhan lain dan menyuruh rakyatnya menyembah satu tuhan sahaja - Aten.
Amenhotep juga mengubah namanya kepada Akhenaten untuk menunjukkan ketaatannya kepada tuhan Aten.
Pada tahun ketujuh pemerintahan beliau, Akhenaten memindahkan pusat pemerintahan mesir dari Thebes ke Amarna, bandar baru Amarna di bina untuk mentaati tuhan baru mereka.
Perkembangan agama baru ini boleh dikatakan hasil usaha Nefertiti, bukan Akhenaten seorang. Ini membuktikan kuasa beliau yang gah dalam dunia politik Mesir Purba.
Semasa pemerintahan Akhenaten, Nefertiti dipercayai memegang kuasa yang lebih besar daripada kuasa seorang permaisuri.
Kemungkinan besar, kedudukan beliau telah di naik taraf sehingga sama trafnya dengan pemerintah. Pemerintahan mesir purba pada zaman Firaun Akhenaten mungkin adalah pemerintahan bersama antara Akhenaten dan Nefertiti.
Ukiran gambaran beliau di dinding kuil kebanyakannya bersaiz sama dengan Akhenaten. Ini membuktikan kepentingan beliau dalam politik Mesir.
Persamaan saiz itu menunjukkan bahawa beliau dan Akhenaten mempunyai kepentingan yang sama dalam Politik Mesir Purba.
Pada tahun keempatbelas pemerintahan Akhenaten, rekod tentang Nefertiti lenyap begitu sahaja. Ada ahli arkeologi yang membuat teori bahawa Nefertiti mati disebabkan wabak penyakit yang melanda kawasan itu pada ketika itu.
Ada juga teori yang mengatakan Nefertiti tidak lagi disukai oleh suaminya. Kerana rekod sejarah selepas itu menunjukkan bahawa Akhenaten banyak merujuk kepada isteri kedua beliau - Kia, yang juga ibu kepada Tutankhamun.
Teori yang paling menarik sekali adalah Nefertiti telah dibunuh oleh Pendita Mesir Purba kerana memulakan Revolusi Agama di Amarna.
Kepercayaan primitif tentang kematian pada zaman Mesir Purba adalah, apabila seseorang itu mati, nama beliau perlulah disebut supaya beliau boleh memulakan perjalanan pada dalam kehidupan selepas mati.
Rekod tentang Nefertiti dihapuskan supaya tiada sesiapa yang akan menyebut namanya. Pendita itu mahu Nefertiti tersiksa pada kehidupan selepas mati.
Tetapi kesemua teori yang telah disebutkan tidak pernah disertakan dengan bukti yang kukuh. Oleh itu, kehilangan Nefertiti dalam rekod Mesir Purba masih lagi menjadi misteri.
Selepas kematian Nefertiti, muncul seorang Firaun yang seakan-akan wanita memerintah Mesir selama dua tahun sebelum anak tiri Nefertiti, Tutankhamun mengambil alih takhta.
Nama beliau adalah Ankhkheperure Neferneferuaten dan kemudian beliau mengubah nama kepada Ankhkheperure Smenkhkare.
Firaun ini dipercayai adalah Nefertiti sendiri. Tetapi kepastian tentang fakta ini tidak lagi dibuktikan.
Permaisuri Tutankhamun adalah anak Nefertiti sendiri, Ankh-su-namun. Semasa Tutankhamun dan Ankh-su-namun menaiki takhta, mereka masih lagi dalam umur kanak-kanak.
Nefertiti dipercayai memerintah Mesir di belakang pemerintahan pasangan muda ini. Nefertiti dipercayai mati pada tahun ketiga pemerintahan Tutankhamun.
Berikutan kematian ini, Tutankhamun mengubah semula pusat pemerintahan Mesir ke kota Thebes.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com
Nefertiti.

- Meritaten.
- Meketaten.
- Ankhsenpaaten, juga dikenali sebagai Anks-su-namun.
- Neferneferuaten Tasherit.
- Neferneferure.
- Setepenre.

Patung dada Nefertiti yang berada di Muzium Altes Berlin.
Ada juga teori yang mengatakan Nefertiti tidak lagi disukai oleh suaminya. Kerana rekod sejarah selepas itu menunjukkan bahawa Akhenaten banyak merujuk kepada isteri kedua beliau - Kia, yang juga ibu kepada Tutankhamun.
Teori yang paling menarik sekali adalah Nefertiti telah dibunuh oleh Pendita Mesir Purba kerana memulakan Revolusi Agama di Amarna.
Kepercayaan primitif tentang kematian pada zaman Mesir Purba adalah, apabila seseorang itu mati, nama beliau perlulah disebut supaya beliau boleh memulakan perjalanan pada dalam kehidupan selepas mati.
Rekod tentang Nefertiti dihapuskan supaya tiada sesiapa yang akan menyebut namanya. Pendita itu mahu Nefertiti tersiksa pada kehidupan selepas mati.
Tetapi kesemua teori yang telah disebutkan tidak pernah disertakan dengan bukti yang kukuh. Oleh itu, kehilangan Nefertiti dalam rekod Mesir Purba masih lagi menjadi misteri.
Selepas kematian Nefertiti, muncul seorang Firaun yang seakan-akan wanita memerintah Mesir selama dua tahun sebelum anak tiri Nefertiti, Tutankhamun mengambil alih takhta.
Nama beliau adalah Ankhkheperure Neferneferuaten dan kemudian beliau mengubah nama kepada Ankhkheperure Smenkhkare.
Firaun ini dipercayai adalah Nefertiti sendiri. Tetapi kepastian tentang fakta ini tidak lagi dibuktikan.
Permaisuri Tutankhamun adalah anak Nefertiti sendiri, Ankh-su-namun. Semasa Tutankhamun dan Ankh-su-namun menaiki takhta, mereka masih lagi dalam umur kanak-kanak.
Nefertiti dipercayai memerintah Mesir di belakang pemerintahan pasangan muda ini. Nefertiti dipercayai mati pada tahun ketiga pemerintahan Tutankhamun.
Berikutan kematian ini, Tutankhamun mengubah semula pusat pemerintahan Mesir ke kota Thebes.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
- Misteri Penemuan Perkuburan Mumia Xiaohe
- Legenda Cleopatra: Firaun Wanita Paling Berkuasa Dalam Sejarah Mesir Purba
-Sentiasapanas.com