Thursday, April 11, 2013

Kenapa Janji Pakatan Turunkan Harga kereta Satu Pembohongan?


PR menuduh BN tiru mereka. BN pun turut sama menuduh kononny PR tiru mereka. Sebenarny tiada siapa tiru siapa?


Aku akan buktikan pada anda segala maklumat ini saya perolehi dari blog Rafizi dan juga dari MOF (Ministry of Finance).

Negara memperolehi pendapatan daripada: (Aku bercakap dalam situasi kerajaan sekarang);

1) Duti Eksais
2) Penjualan AP ( Bagi kereta import)

Sekarang mari kita lihat bagaimana Strategy Rafizi: (Boleh rujuk pada Blog dia disini).

Strategy PR:
  1. Menghapuskan /memotong cukai (duti eksais) secara berperingkat 20% setiap tahun.
  2. Menambah pendapatan antara tahun 2013-2015 dengan lelongan AP.
  3. Memperuntukkan RM2 bilion antara tahun 2013-2014 dan RM1 bilion antara 2015-2017 agar aliran tunainya berimbang menjelang 2017, kerana menjelang 2017 ekonomi yang dijana akan berjaya mengatasi jumlah RM7 bilion cukai eksais yang dihapuskan.

Strategy BN:
  1. Menurunkan Duti Eksais sebayk 20 - 30 % secara berperingkat.
  2. Mengekalkan penjualan AP (Bukan lelongan seperti apa yg Rafizi lakukan).

Dari kedua-dua strategy ini, sudah jelas beza yang ketara antara keduanya. Mari kita lihat impak kepada rakyat dan negara bagi kedua-dua strategy ini:

Pakatan Rakyat (Rafizi) vs BN

1) Menurut tafsiran kewangan tahun 2012, pendapatan negara menerusi duti eksais adalah sebyk RM 7 billion. Dan ianya meningkat setiap tahun sebyk 4 %.

2) Menurut Rafizi, duti inilah yang hendak mereka hapuskan secara berperingkat-peringkat selama 5 tahun. Apabila ini berlaku, negara akan mengalami defisit seperti berikut:

(Dalam unit billion)
  • 2013: 7.0
  • 2014: 7.3
  • 2015: 7.6
  • 2016: 7.9
  • 2017: 8.2
  • 2018: 8.5
  • 2019: 8.9
  • 2020: 9.2

2.1) Rafizi sedar akan berlakunya defisit yang banyak. Maka beliau mengambil langkah berani dengan melelong AP, bukan menjual AP. Harga penjualan AP per unit adalah RM 10,000 sekarang ini. Tetapi, Rafizi akan melelong AP dengan harga bermula RM 10,000. Ini bermakna, harga AP yang terjual bukan RM10k tapi lebih dari itu. Tak mengapa, sebab mereka yang membeli AP ini adalah kenderaan Import. Dan hanya mereka yang berduit sahaja akan membida AP dengan harga yang mahal.

2.2) Menurut beliau juga, pendapatan dari lelongan AP inilah yang digunakan secara maksimum untuk 3 tahun pertama (2013-2015).

**Boleh rujuk blog beliau

2.3) Beliau juga sedar bahawa, dengan lelongan AP juga masih tidak mampu mengatasi defisit yang ada. Oleh itu, beliau mencadangkan suntikan modal sebanyak RM2 billion untuk 2 tahun pertama (2013 - 2014) dan 1 billion (2015 - 2017).

Persoalannya, dari mana sejumlah wang ini akan diperolehi?

3) Amat malang sekali, pengiraan secara kasar Rafizi adalah silap. Beliau hanya menunjukkan aliran tunai positif untuk 5 tahun pertama. Namun aliran tunai selepas itu sebenarnya adalah negatif. Dari jumlah angka yang ditunjukkan pun sebenarnya telah menuju ke arah defisit. Malah pengiraan beliau juga tidak tepat. Mari kita sama-sama rungkaikan.

4) Berikut adalah formula pengiraan aliran tunai

4.1) Income
  1. Pendapatan dari lelongan AP ( rujuk 2.1) +
  2. Peruntukan tahunan (rujuk 2.2) +
  3. Cukai tambahan dari domestic consumption (Rujuk blog Rafizi)

4.2) Kehilangan duti eksais secara berperingkat selama 5 tahun
  1. 2013: 1.4 ( - 20% x Total duti eksais)
  2. 2014: 2.9 ( - 40% x Total duti eksais)
  3. 2015: 4.5 ( - 60 % x Total duti eksais)
  4. 2016: 6.3 ( - 80% x Total duti eksais)
  5. 2017: 8.2 ( - 100% x Total duti eksais)
  6. 2018: 8.5 ( - 100% x Total duti eksais)
  7. 2019: 8.9 ( - 100% x Total duti eksais)
  8. 2020: 9.2. ( - 100% x Total duti eksais)

** dalam unit billion

4.3) Aliran tunai

(4.1) - (4.2)=
  • 2013: 2.88
  • 2014: 1.648
  • 2015: -0.70272
  • 2016: -4.1792384
  • 2017: -5.78900992
  • 2018: -5.8365703168
  • 2019: -5.897233129472
  • 2020: -5.97152245465088

**Dalam unit billion

Mari kita lihat Manifesto BN

1) Saya mengambil secara minima dan kasar. Katakanlah kerajaan menurunkan duti eksais sebyk 30% pada tahun pertama dan seterusnya (ini situasi yang paling teruk).

Total pendapatan negara:

(70% x Duti Eksais dari tahun berkenaan + penjualan AP).

** Penjualan AP setiap tahun secara purata adalah 66608 unit.

(rujukan dari blog pembangkang http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2012/07/isu-cukai-kereta-rm8-billion-akan.html)

Maka, aliran tunai negara dari 2013-2020 adalah:
  • 2013: 5.566
  • 2014: 5.762
  • 2015: 5.96584
  • 2016: 6.1778336
  • 2017: 6.398306944
  • 2018: 6.62759922176
  • 2019: 6.8660631906304
  • 2020: 7.11406571825562

**Dalam unit billion


Kesimpulan

1) Pada tahun 2020, pendapatan negara (BN) adalah RM 7.11 billion. Tetapi jika PR memerintah, pendapatan kita adalah defisit sebyk RM - 5.9 billion.

Adakah Rifizi tersalah tekan kalkulator?

Adakah Rafizi tertinggal angka @ Nilai seperti mana LGE?

Kenapa dalam blog dia hanya menunjukkn unjuran aliran tunai bagi 5 tahun saja. Cuba tunjukkn tahun ke 6.

2) Duti Eksais yang di perolehi oleh kerajaan hasil dari pembelian kereta import, maka keuntungan pendapatan yang diperolehi akan di manfaatkan kepada rakyat. Tetapi, jika PR memerintah, Defisit kerugian akan ditanggung oleh rakyat untuk manfaat kerajaan Pakatan Rakyat.

3) Niat Rafizi itu baik untuk memberi harga kereta yang murah kepada rakyat dengan menghapuskan duti eksais. Tetapi dengan menggunakan lelongan AP itu juga sebenarnya membebankan rakyat.

Saya bukanlah berlatar belakangkan bidang ekonomi @ sewaktu dengannya. Saya cuma lakukan basic calculation dalam masa 1 jam untuk memahami manifesto kedua-dua pihak. Dan saya rasa, anda semua boleh faham apa yang saya faham.

Oleh itu, terungkailah pembohongan Pakatan Rakyat hasil kerja saya selama 1 jam terhadap strategy penurunan harga kereta yang dicipta oleh pakatan rakyat selama 2 tahun itu.

Undi di tangan anda. Jangan sampai kena tipu. (^_^))

BACA INI JUGA: Sejarah Politik Zahid Hamidi Yang Ramai Tak Tahu!

2 comments

  1. saya fikir janji menurunkan harga kereta sangat tidak bijak kerana bencana yang lebih serius apabila jalanraya menjadi tersangat sesak...justeru itu USAH UBAH.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon