Tuesday, March 12, 2013

Top 5 Fakta Yang Sebenarnya Tidak Tepat


Kadang-kala apa yang kita percaya bahawasanya suatu perkara itu adalah benar padahal ianya hanya dari pandangan mata kasar sahaja.

Top 5 Fakta Yang Sebenarnya Tidak Tepat

Perubahan alam mungkin mempengaruhi fakta yang telah kita sedia ketahui atau mungkin ianya adalah salah faham dari kajian yang telah dibuat.

Banyak fakta di luar sana yang dilihat logik namun setiap fakta mesti ada kecacatan dan tidak semuanya tepat.

Walaupun sekarang kita menggangapnya tepat namun 10 atau 20 tahun lagi mungkin ia hanyalah sebagai sangkaan semata-mata kerana akan timbul banyak lagi kajian terperinci terhadap sesuatu perkara yang bakal memberi penjelesan setepat-tepatnya.

Antara fakta yang yang perlu kita tahu adalah:

Gunung Everest adalah Gunung Tertinggi Dunia. Gunung tertinggi sebenarnya ialah Gunung Mauna dengan ketinggian 10,200 meter berbanding Gunung Everest yang mempunyai ketinggian cuma 8,848 meter. Mauna Kea nampak rendah kerana separuh dirinya di dalam air.

Tembok China binaan manusia yang tunggal boleh dilihat daripada angkasa. Daripada angkasa, binaan manusia yang lain seperti lebuhraya, lapangan terbang, empangan dan struktur lain juga dapat dilihat dari angkasa.

Lidah merasa sesuatu mengikut zon rasanya sahaja. Manis, masam, pahit, masin dan tawar boleh dirasa di kesemua bahagian lidah. Tidak semestinya belakang lidah merasa pahit semata-mata.

Sesumpah berubah warna mengikut persekitaran. Sesumpah berubah warna mengikut psikologi dan emosi. Ia juga berubah warna sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dengan yang lain dan berinteraksi semasa ingin berlaga.

Deria manusia ada lima. Manusia mempunyai deria yang lebih selain untuk merasa, melihat, menghidu, mendengar dan menyentuh. Seorang manusia juga mampu mengimbangi badan dan apabila luka merasa sakit yang membuktikan manusia mempunyai deria-deria lain.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon