Ramai diantara kita yang merasa bosan dengan binatang kecil bernama lalat ini. Lebih-lebih lagi dengan kitaran hidupnya yang lincah apabila anda hendak memukulnya. Pastinya akan membuat anda akan semakin bosan dan hamun bukan?
Namun pernahkah anda merasa ingin tahu dan ingin mengetahui alasan mengapa lalat susah dipukul atau ditangkap?
Seorang saintis bernama Dickinson mengaku telah mempunyai jawapan atas soalan tersebut. Dickinson yang telah melakukan kajian bersama Esther M dan Abe M Zarem mendedahkan bahawa dia telah menemui rahsia tersebut setelah melakukan beberapa pengintipan dengan cara merakam manuver atau gerakan sejumlah lalat yang hendak dipukul dengan menggunakan kamera digital canggih yang boleh merakam benda kecil dan mikroskopik dengan kelajuan dan resolusi tinggi.
Penyelidikan yang mereka jalankan mendapati bahawa lalat mampu mengesan ancaman dengan cepat berdasarkan lokasi ancaman.
Otaknya akan mengira dengan cepat seberapa jauh ancaman terhadap dirinya sebelum memutuskan untuk mengepakkan sayap dan terbang. Setelah ia meramalkan arah ancaman, kakinya akan bertumpu untuk terbang ke arah yang berlawanan. Semua persiapannya untuk segera melarikan diri boleh dilakukan serangga ini dengan sangat cepat, iaitu hanya 100 milisaat (1/100 dari 1 detik) selepas ia mengesan adanya ancaman bahaya.
“Perkara tersebut amat luar biasa kerana membuktikan begitu cepatnya otak lalat untuk memproses maklumat deria yang kemudian menjadi respons gerakan yang hampir menyerupai gerakan refleks,” ujar Dickinson.
Bahkan, lalat mampu menetapkan bentuk tubuhnya bersesuaian dengan ancaman. Perkara ini menjelaskan bahawa lalat telah mengintegrasikan dengan sangat baik antara maklumat visual yang diterima dari mata dan maklumat metasensorik di kakinya.
Penemuan ini memberi petunjuk lebih dalam mengenai sistem saraf lalat dan membuktikan bahawa di otak seekor lalat terdapat suatu sistem pemetaan posisi ancaman yang sangat kompleks dan berlangsung sangat pantas.
“Ini adalah sebuah bentuk transformasi rangsangan yang kemudian menjadi gerakan yang kompleks dan kajian kami selanjutnya adalah berusaha untuk mencari bahagian otak yang menguruskannya,” ujarnya.
Berdasarkan hasil penyelidikan yang dijalankan tersebut, Dickinson juga memberikan tips mudah untuk memukul haiwan ini.
Dia menyarankan bahawa saat yang paling berkesan untuk memukul lalat adalah bukan pada ketika kedudukannya siap untuk terbang.
Perkara tersebut kerana masa yang diperlukan oleh gerakan tangan sewaktu terangkat hingga saat gerakan memukul memerlukan waktu yang relatif lama dan lebih dari 100 milisaat dan biasanya sungguh sukar bagi manusia untuk melakukan pukulan yang tepat dengan waktu 1/100 saat.
BACA INI JUGA: Tahukah Anda Kenapa Kucing Menggeselkan Badan?
Sumber: akuanakpahang.blogspot.com

Assalammualikum..sentiasa panas,
ReplyDeletebarulah tahu cara nak pukul lalat , biasa nyer main sebat aje pakai penyapu ker atau pemukul lalat...
mselim3
pls: info yang bagus..
Patutlah susah nak pukul lalat ni kan.
ReplyDelete